Terbaharu, TeamKill Media telah mengumumkan permainan video terbaharu mereka yang berjudul Quantum Error yang bakal dilancarkan di konsol PlayStation 4 dan konsol generasi seterusnya iaitu PlayStation 5. Nampaknya semakin banyak pembangun yang mula mengumumkan permainan mereka untuk konsol generasi akan datang.

Quantum Error merupakan sebuah game first-person shooter yang menggunakan unsur seram dipadankan dengan latar belakang angkasa lepas.

Bersama dengan pengumuman ini, TeamKill Media turut berkongsi video acah pertama bagi permainan ini. Anda boleh menonton trailer ini di bawah.

Berdasarkan video acah tersebut, permainan ini pastinya akan memberikan pengalaman yang sangat menyeramkan dengan bentuk permainan yang menggunakan sudut pandang pertama.

Namun, tiada tarikh pelancaran yang diumumkan buat masa ini. Berkemungkinan besar, pihak TeamKill Media menunggu tarikh pelancaran PS5 terlebih dulu sebelum mengumumkan tarikh pelancaran permainan video ini. Untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut, anda boleh ke laman rasmi pembangun permainan ini di sini.

Sebelum ini,  TeamKill Media merupakan studio yang membangunkan Kings of Lorn: The Fall of Ebris yang dibangunkan untuk PlayStation 4 dan PC (Steam). Sebuah permainan video yang menggabungkan elemen sudut pandang pertama dengan fantasi gelap.

King of Lorn

Baru-baru ini juga, Sony mengumumkan bahawa pelancaran untuk PlayStation 5 diteruskan walaupun dunia dilanda wabak Covid-19. Anda boleh membaca artikel berkenaan di link di bawah.

Sony Umum Covid-19 Tidak Akan Memberi Impak Besar Ketika Hari Pelancaran PlayStation5 Nanti