Hari ini, Niantic telah mengumumkan perancangan terbaru mereka untuk permainan Pokemon Go sepanjang masalah pandemik Covid-19 ini. Untuk makluman semua, Pokemon Go merupakan sebuah permainan mudah alih yang memerlukan pemain untuk berjalan dan menuju ke sesuatu tempat, namun disebabkan banyak negara telah melaksanakan perintah berkurung termasuk negara Malaysia yang telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan ini, ia bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan lagi buat masa sekarang ini.

Pokemon Go 2

Bagi mengadaptasi dengan masalah yang melanda dunia ketika ini, Niantic telah mengeluarkan kemas kini terbaru untuk permainan tersebut agar ia masih boleh dimainkan walaupun anda berada di rumah. Antara kandungan kemas kini tersebut adalah seperti beritu:

  1. Adventure Sync kini mengira langkah anda walaupun sedang melakukan aktiviti di dalam rumah, berlari di atas mesin treadmill dan sebagainya. Mereka akan terus menambah-baik Adventure Sync agar ia boleh berfungsi dengan lebih baik di dalam rumah.
  2. Meningkatkan fungsi perhubungan dengan rakan maya, termasuk juga menyertai Raid Battles bersama walaupun berada di tempat yang berbeza atau di rumah.
  3. Pihak Niantic juga sedang mencari cara untuk membolehkan pemain melawat ke sesuatu tempat secara maya dan berkongsi memori mengenai tempat tersebut sebelum mereka dapat melawat apabila pandemik ini berakhir.
  4. Acara langsung seperti Pokemon GO Fest akan diubah agar pemain boleh bermain daripada rumah. Maklumat lanjut mengenainya akan dikongsi kemudian.
  5. Mod permainan GO Battle League kini tidak memerlukan anda berjalan sejauh 3 km sebaliknya ia boleh disertai secara terus.

Dengan kemas kini terbaru ini pastinya merupakan sesuatu yang baik untuk pemain-pemain Pokemon GO ketika ini. Mereka juga sebelum ini telah menyertakan beberapa penambahbaikan lain seperti mengurangkan harga untuk incense dan juga telur Pokemon juga kini lebih cepat untuk menetas.

Terdahulu, menurut laporan daripada Venture Beat, Pokémon GO mendapat jumlah pendapatan yang lebih tinggi iaitu sebanyak USD23 Juta dalam seminggu pada 16 Mac yang lalu walaupun kebanyakan pemain terpaksa berada di rumah gara-gara wabak pandemik Covid-19 ini.

Buat anda yang berminat untuk membaca artikel berkaitan dengan wabak pandemik Covid-19 ini. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Uncharted Antara Filem Sony Yang Ditunda Gara-Gara Wabak Covid-19

Sony Umum Covid-19 Tidak Akan Memberi Impak Besar Ketika Hari Pelancaran PlayStation5 Nanti