Terbaru, menurut laporan daripada Bloomberg, jurucakap Sony telah mengatakan bahawa pandemik Covid-19 yang sedang menular di seluruh dunia ketika ini tidak akan memberi kesan yang besar kepada pelancaran PlayStation 5.

Syarikat Sony merupakan salah sebuah syarikat gergasi yang turut terkesan dengan pandemik Covid-19 ini. Ini kerana pihak Sony menjangkakan pengurangan daripada segi keuntungan untuk syarikat tersebut dan laporan kewangan juga mungkin akan ditunda.

Walau bagaimanapun, syarikat daripada Jepun ini berkata dua kilang di China kembali beroperasi seperti biasa tetapi masih menghadapi masalah kekurangan komponen, manakala kilang di Malaysia dan U.K. masih ditutup sehingga pertengahan April di atas permintaan kerajaan. Pihaknya tidak boleh menghantar pekerja ke lokasi yang terjejas bagi membincangkan tatacara pemasangan produk baru ini.

Sony

Baru-baru ini juga Sony telah pun mendedahkan secara rasmi spesifikasi konsol permainan terbaru mereka iaitu PlayStation 5. Sony mendedahkan bahawa PlayStation 5 akan dikuasakan oleh cip pemprosesan AMD Zen 2 dengan kitaran kuasan 3.5Ghz (frekuensi berubah), kuasa grafik berprestasi tinggi yang mampu memproses sehingga 10.28 teraflop.

Malahan, PlayStation 5 juga turut hadir dengan 16GB RAM GDDR6 dan storan SSD 825GB seperti yang telah dijanjikan oleh Sony sebelum ini. Berdasarkan spesifikasi yang diumumkan oleh mereka ini, PlayStation 5 pastinya akan menawarkan masa memuatkan sangat cepat dalam permainan kelak.

Tambahan lagi,  PlayStation 5 turut menyokong ciri tambahan storan dalaman jenis NVMe SSD dan storan luar menerusi sambungan USB.

PlayStation 5 juga akan menawarkan pecutan perkakasan untuk pengesanan ray masa nyata dan akan menyokong permainan dalam resolusi 4K sehingga 120 bingkai sesaat. Difahamkan, konsol generasi baharu ini juga akan mempunyai keupayaan untuk memainkan semua permainan PlayStatin 4. Namun begitu, Sony belum memberikan butiran tentang bagaimana ia akan berfungsi.

Berikut merupakan perbandingan spesifikasi penuh di antara PlayStation 4 dan PlayStation 5.

PlayStation 5 Specs

Namun begitu, PS5 diumumkan akan dikeluarkan pada penghujung tahun ini.