Terbaru, Inxile Entertaiment turut mengumumkan yang permainan video Wasteland 3 keluaran mereka yang sepatutnya dikeluarkan pada 19 Mei ini telah ditunda dan tarikh pengeluaran baharu iaitu pada 28 Ogos 2020.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak mereka, sepanjang masalah pandemik Covid-19 ini, semua pekerja diminta untuk bekerja dari rumah. Disebabkan oleh perkara tersebut, beberapa cabaran baharu telah timbul untuk pasukan mereka dan mereka juga sedang menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu ini.

Namun, dengan sokongan yang baik daripada Microsoft dan juga Deep Silver, mereka boleh menunda permainan tersebut untuk beberapa bulan lagi. Oleh itu, tarikh baru pelancaran untuk Wasteland 3  ialah pada 28 Ogos 2020.

Wasteland 3

Siri permainan Wasteland yang pertama dilancarkan pada tahun 1988 dan merupakan salah satu permainan video yang menjadi perintis untuk genre RPG, ia turut menjadi inspirasi untuk siri permainan video Fallout. Sekuelnya pula iaitu Wasteland 2 pula dikeluarkan pada tahun 2014. Microsoft berjaya memperolehi InXile pada tahun 2018 dan menjadikan InXile salah satu anak syarikat di bawah Microsoft.

Manakala untuk sekuel ketiga siri ini, akan membawa pemain ke kawasan sejuk beku Colorado. Wasteland 3 dirancang untuk dikeluarkan di PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Sebelum ini, pihak Sony juga menangguh beberapa filem keluaran mereka untuk tahun ni gara-gara wabak pandemik Covid-19 ini. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Uncharted Antara Filem Sony Yang Ditunda Gara-Gara Wabak Covid-19

Sony Umum Covid-19 Tidak Akan Memberi Impak Besar Ketika Hari Pelancaran PlayStation5 Nanti