Seperti permainan video baharu yang lain, saiz fail permainan video Final Fantasy 7 Remake nampaknya akan memakan sebanyak 100GB ruang simpanan PlayStation 4 anda. Ini kerana pihak Square Enix ingin menghasil aset berbeza bagi setiap lokasi yang terdapat di Midgar.

Menurut satu laporan yang dibuat oleh USgamer, pengarah bersama permainan tersebut iaitu Naoki Hamaguchi menyatakan bahawa pihaknya memutuskan untuk membina setiap lokasi menggunakan aset unik berbeza bagi mencapai kualiti yang diingini untuk permainan tersebut.

saiz fail Final Fantasy 7 Remake

Ini bermaksud apabila pemain mula meneroka di setiap lokasi di kawasan Midgar, contohnya The Slums, pemain tidak akan melihat aset yang sama digunakan semula untuk kawasan lain.

Menurut Hamaguchi lagi, setiap kawasan termasuk aset yang direka khas seperti latar belakang permainan, muzik dan karakter bagi ssetiap lokasi, akan memberikan pengalaman permainan yang berbeza kepada pemain. Faktor inilah yang menyebabkan saiz fail untuk permainan ini mencecah sehingga 100GB+ sama seperti permainan Red Dead Redemption 2 yang dikeluarkan oleh Rockstar.

Final Fantasy 7 Remake akan dikeluarkan pada 10 April 2020 secara eksklusif di konsol PlayStation 4 sehingga 2021. Namun, baru-baru ini pihak Square Enix membuat satu kenyataan bahawa kemungkinan versi fizikal permainan tersebut akan ditunda gara-gara wabak Covid-19 yang melanda dunia ketika ini.

Baru-baru ini juga Square Enik mengumumkan 3 berita baharu mengenai siri permainan NieR. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Square Enix Umum 3 Berita Mengenai Permainan Video NieR Minggu Ini

No Straight Roads Bakal Dilancarkan 30 Jun Ini Di PlayStation 4 dan PC