Seperti permainan video baharu yang lain, The Last of Us Part II juga turut ditunda ke satu tarikh yang baharu yang akan diumumkan nanti. Permainan video keluaran syarikat Naughty Dog ini yang sepatutnya dilancarkan pada 29 Mei kelak turut terkesan dengan wabak Covid-19 yang melanda dunia ketika ini.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Naughty Dog melalui tweet di Twitter rasmi mereka.

Dalam kenyataan tersebut, Naughty Dog menyatakan bahawa pembangunan permainan ini sudah berada di fasa terakhir, yang mana mereka sedang memperbaiki bugs akhir yang terdapat pada permainanan tersebut.

Pihaknya turut mendedahkan penundaan ini adalah disebabkan faktor logistik yang sedang memperlahankan segala aktiviti di seluruh dunia kerana penularan wabak pandemik COVID-19 ketika ini. Mereka mahu kesemua pemain dapat bermain The Last of Us Part II pada waktu yang sama, maka mereka ingin menangguhkan dulu game sehingga isu logistik ini dapat diselesaikan.

Bagi mengubati sedikit kedukaan para peminat yang telah lama menantikan siri ini, Naughty Dog telah memperlihatkan beberapa screenshots terbaharu yang menampilkan Joel dan Ellie. Anda boleh lihatnya di bawah.

The Last of Us Part II 1 The Last of Us Part II 2 The Last of Us Part 2 3 Ellie Joel Ellie and Joel

Buat masa ini, tiada tarikh baru yang diumumkan oleh Naughty Dog bagi menggantikan tarikh lama, tetapi pihak mereka berharap bahawa wabak ini tidak berterusan terlalu lama dan mereka boleh melancarkannya secepat mungkin.

Beberapa permainan video turut ditunda gara-gara wabak pandemik Covid-19 ini, Klik pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Wasteland 3 Dianjak Tarikh Pelancarannya Gara-Gara Wabak Covid-19

Uncharted Antara Filem Sony Yang Ditunda Gara-Gara Wabak Covid-19