Axle Motosport baru-baru ini telah mengumumkan kejohanan E-sukan baharu iaitu eRacing Grand Prix SEA edisi Global di mana pelumba terbaik daripada Asia Tenggara akan bersaing dengan pelumba dari Asia Pasifik. Kejohanan ini dianjurkan selepas melihat kejayaan penganjuran eRacing Grand Prix Sea (eRGP SEA) yang dilangsungkan buat pertama kali pada tahun lalu.

Don't let the social distancing cramp your style. Introducing the ERGP SEA – Global Edition. Are you fast enough to…

Posted by ERacing GP SEA on Tuesday, 17 March 2020

Edisi ini akan menyertakan siri 6 pusingan, menggunakan format yang mengandungi 2 kelas iaitu GT3 dan GT4.

Kelas GT3 adalah kelas untuk pakar di mana pemain akan mengunakan kereta Ferrari, Prsche, Mercedes ataupun BMW yang telah diubah suai sepenuhnya. Pemandu untuk kelas ini akan dibahagikan kepada 2 kumpulan, dan 10 pemandu terbaik akan layak ke pusingan akhir.

Manakal untuk Kelas GT4 pula ialah untuk pemandu kelas permulaan yang menggunakan kereta GT seperti BMW M6 dan KTM X Bow, yang kurang diubah suai. Kategori ini adalah untuk pelumba baharu yan ingin mencuba simulasi perlumbaan tanpa tekanan.

eRacing Grand Prix Sea

Apa yang menariknya berkenaan kejohanan ini ialah pemenang untuk kelas GT3 dan juga pemandu muda terbaik yang berumur 16 hingga 20 tahun akan diberikan peluang untuk mencuba kereta lumba sebenar bersama dengan pasukan Black Arts Racing. Manakala untuk pemenang untuk kelas GT4, akan mendapat mengikuti sesi kelas yang dianjurkan oleh Axle Motorsport Academy dan barangan eksklusif.

Pemandu yang berminat, perlu melalui pusingan kelayakan melalui RaceRoom yang dibuka setiap Isnin sehingga hari Khamis setiap minggu. Sesi latihan bersama dengan pemandu layak dijadualkan pada Jumaat di antara pukul 5 petang hingga 7 petang.

Buat anda yang berminat untuk mengikuti kejohan e-sukan ini, anda boleh mendapatkan maklumat di akaun rasmi Facebook ERacing GP Sea ataupun anda boleh melayari laman rasmi mereka di sini.

Untuk mengetahui berita-berita terbaru di dalam dunia Gaming. Klik pautan di sini untuk bacaan lanjut.