Konten kali ini, Galah Panjang ingin memperkenalkan sebuah permainan kad yang dihasilkan berdasarkan impian rakyat Malaysia iaitu The Malaysian Dream. Seperti semua sedia maklum, permainan kad sudah menjadi sinonim dengan rakyat Malaysia. Kebanyakan daripada kita membesar dengan bermain permainan kad seperti Yu Gi Oh, Uno dan lain-lain lagi.

Tetapi, untuk makluman pembaca semua, terdapat beberapa permainan kad yang melambangkan identiti negara Malaysia dan antaranya ialah The Malaysian Dream. Permainan kad yang dihasilkan oleh MGAG ini merupakan permainan kad interaktif yang membolehkan pemain membayar, mencuri dan sabotaj cara main sehinggakan pemain dapat menjadi rakyat Malaysia yang sempurna.

The Malaysian Dream

Permainan ini sangat sesuai untuk dimainkan bersama ahli keluarga terutamanya ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan ini.

The Malaysian Dream

Cara untuk bermainnya juga sangat mudah. Sesiapa sahaja mampu menguasainya dalam masa yang singkat.

1. Pilih Personaliti The Malaysian Dream

Pemain boleh menggunakan kuasa Khas personaliti masing-masing 1 kali untuk setiap giliran.

The Malaysian Dream 2

2. Ambil 2 Kad dan Main 3 tindakan setiap pusingan

Terdapat 4 cara untuk memainkan permainan ini:
1. Mainkan Kad Aksi yang terdapat di tangan anda
2. Letakkan beberapa jumlah kad tunai ke dalam bank anda
3. Beli kad impian paling tinggi di bahagian kad impian
4. Gunakan kuasa Khas personaliti anda

The Malaysian Dream 3

3. Beli atau peroleh impian Malaysia!

Pemain dengan kad impian yang paling banyak akan memenangi permainan ini, pemain boleh mendapatkan kad impian sama ada dengan cara yang jujur atau mencurinya daripada pemain lain. Terdapat juga kad kuasa seperti “Lee Chong Wei memenangi pingat”, jadi pemain akan mendapat tindakan tambahan daripada “cuti umum” pada hari berikutnya.

Permainan kad ini boleh dimainkan seramai 2 hingga 6 pemain, untuk semua peringkat umur. Kepada yang berminat untuk mendapatkan permainan kad ini, anda boleh melayari laman web rasmi mereka di sini dengan harga RM39.

Nantikan konten-konten berkaitan dengan permainan kad lain yang akan diperkenalkan di laman Galah Panjang nanti. Buat mereka yang yang ingin mengikuti perkembangan dunia permainan video, klik pautan di sini untuk bacaan lanjut.

E3 2021 Diumumkan Bakal Berlangsung Pada 15 Jun Hingga 17 Jun 2021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *