Bandai Namco baru-baru ini telah menlancarkan Digivice edisi khas sempena sambutan ulang tahun ke-20 Digimon dan filem terbaru Digimon iaitu Digimon Advenvture: Last Evolution Kizuna yang bakal ditayangkan pada tahun ini. Buat peminat yang membesar dengan mononton siri ini mahupun pengumpul tegar Digivice semestinya akan teruja dengan pengumuman yang dibuat oleh pihak Bandai ini.

Digivice ini mengambil inspirasi daripada filem Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna dengan rekaan keemasan di bahagian luar dan mempunyai corak seakan retak pada bahagian badan. Manakal untuk bahagian paparan, produk ini mengunakan skrin paparan LED.

Digivice edisi khas ini juga mengandungi latar belakang muzik dan dialog yang diambil daripada filem tersebut. Untuk muzik latar yang dimasukan di dalam Digivice ini ialah lagu tema siri TV Digimon Adventure iaitu ‘Butter-Fly’ dan lagu tema “Last Evolution’ yang digunakan di dalam filem itu nanti. Manakala, untuk dialog pula, terdapat pelbagai dialog Taichi, Yamato, Agumon dan Gabumon dimasukkan, yang pastinya akan membuatkan anda untuk mengingati detik yang menyentuh hati  di  dalam filem tersebut.

Digivice edisi khas

Setiap pembelian digivice ini akan disertakan 6 kad promosi yang boleh digunakan dalam card game Digimon.

From the latest movie of the "DIGIMON ADVENTURE" series, the Digivice for adults has launched! Grab yours now! https://bit.ly/3dJ11rs #Digimon #BandaiAmerica #Digitalmonster #90s #デジモン

Posted by Bandai America on Thursday, April 2, 2020

Untuk mereka yang berminat untuk mendapatkan Digivice tersebut, anda sudah boleh membuat pra-tempah di laman web Bandai dengan harga USD90 (~RM391). Pra-tempah akan ditutup pada 31 Mei ini dan penghantaran dijangka bermula pada bulan Julai.

Namun, kekurangan pada Digivice ini ialah ianya tidak mempunyai fungsi berlawan dan juga berlatih Digimon seperti yang terdapat pada Digivice sebelum-sebelum ini. Menurut kenyataan yang ditulis di laman web rasmi Bandai, produk ini hanyalah untuk tujuan tayangan sahaja dan tiada sebarang fungsi permainan yang dimasukkan ke dalam produk ini. Ia lebih kepada cenderamata untuk filem Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna sahaja.

Digivice old

Untuk makluman semua, baru-baru ini siri animasi Digimon Adventure versi reboot telah ditayangkan secara global awal minggu ini, Versi olahan semula ini masih mengekalkan karakter yang sama namun mempunyai jalan cerita yang berbeza dari versi asalnya yang ditayangkan pada tahun 1999. Episod pertama untuk siri animasi tersebut sudah boleh ditonton bermula 5 April lalu.

Untuk peminat Digimon yang tidak sabar untuk menonton filem Last Evolution Kizuna, anda boleh menonton trailer untuk filem animasi tersebut di bawah ini. Pasti ianya akan membuatkan anda mengimbau kenangan ketika zaman kanak-kanak dahulu.

Sebelum ini, Galah Panjang telah memperkenalkan sebuah permainan kad yang diinspirasikan oleh rakyat Malaysia iaitu The Malaysian Dream. Klik pautan di bawah untuk mengetahui dengan lanjut berkenaan permainan kad ini.

The Malaysian Dream, Permainan Kad Berdasarkan Impian Rakyat Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *