Electronic Arts (EA) baru-baru ini telah melancarkan satu kempen baharu iaitu kempen ‘Stay Home, Play Together’. Kempen tersebut bertujuan untuk menggalakkan masyarakat dunia untuk terus kekal di rumah bagi membendung wabak pandemik COVID-19. Kempen

Terdapat beberapa permainan video keluaran EA yang akan terlibat dalam kempen ini seperti FIFA 20, Apex Legends, The Sims 4 dan Madden NFL 20.

Untuk permainan video FIFA 20, EA Sports akan menganjurkan pertandingan ‘Stay and Play Cup’ dan akan membawakan 20 kelab ternama Eropah berkumpul bermain FIFA 20 dan mengadakan strim atas talian sepanjang pertandingan tersebut. Wang derma yang berjumlah USD1 juta (~RM4.3 juta) hasil daripada pertandingan tersebut akan didermakan kepada Global Giving’s Coronavirus Relief Fund.

Pertandingan amal ini juga akan menjadi satu platform atau cara untuk peminat dan penonton menderma dan menyokong usaha bantuan global yang berterusan bagi membantu dalam menangani dan menghentikan penyebaran wabak pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini.

EA Fifa

Setiap kelab akan menghantar seorang pemain untuk mewakili kelab tersebut dalam pertandingan amal ini. Di bawah ialah senarai kelab yang akan terlibat:

  • England: Chelsea, Liverpool, Manchester City, Tottenham Hotspur
  • Perancis: Olympique Lyonnais, Marseille, PSG
  • Jerman: Dortmund
  • Sepanyol: Real Madrid, Atlético de Madrid, Valencia
  • Portugal: Porto
  • Itali: AS Roma
  • Belanda: Ajax, PSV Eindhoven
  • Sweden: AIK, Djurgården
  • Finland: HJK Helsinki
  • Denmark: FC Copenhagen, Brondby

Menurut pihak EA, setiap wakil kelab tersebut akan diumumkan secara rasmi di laman Twitter mereka. Jadi buat mereka yang ingin mengikuti pertandingan ini, pastikan anda mengikuti laman Twitter di sini.

Pertandingan amal FIFA 20 ini akan berlangsung dari 15 April sehingga 19 April, dan strim atas talian akan disiarkan di saluran Twitch EA Sports FIFA.

Pastikan anda mengikuti EA SPORTS FIFA di Instagram, Twitter, dan Twitch untuk pelbagai info berkenaan piala #StayandPlay ini, dan pusingan pertama untuk pertandingan tersebut akan bermula 15 April ini.

Sebelum ini, Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) juga turut bekerjasama dengan Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM) dalam menganjurkan satu kejohanan E-Sukan PUBGM dan Mobile Legends sempena PKP. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut berkenaan kejohanan tersebut.

KBS Dan ESM Anjurkan Kejohanan E-Sukan Sempena PKP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *