Call of Duty: Warzone baru sahaja dilancarkan secara rasmi pada bulan Mac yang lalu. Permainan video ini merupakan sebuah permainan free-to-play dan menggunakan konsep Battle Royale yang semestinya mampu menarik jumlah pemain yang begitu ramai.

Terkini, Activision telah mengumumkan permainan pertempuran royale tersebut telah mempunyai lebih 50 juta pemain. Pengumuman tersebut dibuat menerusi laman Twitter rasmi mereka. Mereka juga turut mengucapkan penghargaan kepada semua yang telah bermain permainan ini.

CoD: Warzone sebelum ini telah mendapat 15 juta pemain selepas 3 hari dikeluarkan dan 30 juta pemain selepas 10 hari.

Walau bagaimanapun, rekod bagi pencapaian 50 juta pemain untuk permainan berkonsepkan Battle Royale ini masih lagi dipegang oleh Apex Legends, yang mana permainan video keluaran Respawn Entertainment itu berjaya memperolehi 50 juta  dalam masa hanya sebulan. Manakala Fortnite pula mengambil masa 16 minggu untuk angka yang sama.

Di samping itu, Call of Duty: Warzone telah mengembalikan semula jumlah pemain Trio untuk mod Battle Royale. Trio sebelum ini telah digantikan dengan Quad, dan menyebabkan ketidakpuasan hati dikalangan pemain, Activision dilihat telah mendengar keluhan peminat permainan tersebut dan mengembalikannnya semula. Kini pemain boleh memilih untuk bermain Solo, Trio atau Quad.

Francais Call of Duty yang sebelum ini memang sudah terkenal dan mempunyai jumlah peminat yang ramai dan ditambah pula dengan permainan percuma sudah semestinya resipi untuk kejayaan. Call of Duty Warzone dan Call of Duty Mobile sudah semestinya akan menjadi dua permainan yang penting untuk Activision.

Untuk makluman semuan, CoD: Warzone telah dibangunkan oleh Infinity Ward dan Raven Software dan diterbitkan oleh Activision. Peta untuk CoD: Warzone ini dibuat berdasarkan bandar Donetsk yang terletak di Timur Ukraine.

Call of Duty: Warzone boleh dimainkan secara percuma di PC, PS4 dan Xbox One.

Sebelum ini, Call of Duty: Modern Warfare 2 Remastered telah dilancarkan secara mengejut pada 1 April yang lalu untuk konsol PlayStation 4. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Call of Duty: Modern Warfare 2 Remastered Telah Dilancarkan Hari Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *