Terbaru, NIS America telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan Giraffe And Annika di konsol PlayStation 4 dan Nintendo Switch pada 25 Ogos 2020 ini.

Untuk makluman semua, permainan ini telah pun dilancarkan untuk pelantar PC (Steam) sebelum ini dan ianya mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan pemain. Antara faktor yang menjadi tarikan utama permainan ini ialah bentuk permainan dan penceritaannya yang comel dan menyayat hati.

Giraffe And Annika merupakan permainan pengembaraan di mana pemain akan mengembara di dalam dunia fantasi yang digelar Spica dengan visual bentuk penceritaan seperti visual komik. Pemain akan menyertai pengembaraan bersama gadis kucing yang bernama Annika dan remaja lelaki bernama Giraffe dalam usaha mereka mencari kepingan bintang dan membongkar rahsia disebalik pulau misteri itu. Reka bentuk dan ilustrasi untuk permainan ini dihasilkan oleh Atsushi Saito

Permainan ini menggunakan konsep pertempuran yang digabungkan dengan elemen rentak muzik. Sebut tentang muzik latar, permainan ini hadir dengan muzik latar yang menarik dengan pelbagai jenis bentuk dan lokasi penerokaan yang misteri.

Permainan ini mendapat ulasan yang baik daripada beberapa pengkritik permainan video, antaranya ialah Noisy Pixel yang memberikan rating sebanyak 8/10 untuk permainan video ini. Manakala GamerEscape dan BagoGames masing-masing memberikan 5/10 untuk permainan video Giraffe And Annika ini.

Lebih menarik lagi, NIS America juga turut mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan edisi terhad khas iaitu “Musical Mayhem” untuk permainan tersebut bagi versi konsol ini. Bagi mereka yang membeli edisi khas ini akan kotak khas bersama muzik latar dan buku karya khas.

Giraffe And Annika 1

Giraffe And Annika 2

Bagi anda yang berminat untuk mencuba permainan fantasi Giraffe And Annika ini, anda boleh dapatkannya menjelang Ogos ini di konsol-konsol pilihan masing-masing. Bagi versi PC, ianya telah pun dilancarkan di Steam dengan harga hanya RM39.

Sebelum ini, terdapat khabar angin yang mengatakan Resident Evil 4 Remake sudah masuk fasa pembangunan oleh Capcom. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Resident Evil 4 Remake Dikhabarkan Dalam Pembikinan Oleh Capcom