Baru sahaja beberapa hari mengacah sesuatu di laman Twitter mereka, dan akhirnya EA dan Crytek telah mengumumkan satu berita yang menggembirakan untuk peminat setia francais Crysis iaitu Crysis Remastered telah  diumumkan secara rasmi.

Crysis pertama yang telah dilancarkan pada 2007 akhirnya akan hadir ke platform moden iaitu di Nintendo Switch, PlayStation 4, Windows PC, dan Xbox One dengan versi penambah baikan. Seperti yang disebut sebelum ini, butiran tentang permainan tersebut yang dikenali sebagai Crysis Remastered sebenarnya telah dibocorkan semalam (16 April 2020) melalui laman web rasmi mereka, tetapi kemudian disahkan oleh Crytek sendiri.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada laman web tersebut, Crysis Remastered akan membuat penambah baikan dengan menggunakan ciri grafik yang moden, tekstur berkualiti tinggi, dan ray tracing ke permainan asal. Walau bagaimanapun, permainan tersebut masih belum lagi mempunyai tarikh pelancaran rasmi. Namun begitu, ramai yang menjangkakan permainan video tersebut bakal hadir tidak lama lagi.

Selain itu, penerbit asal Electronic Arts nampaknya tidak terlibat dalam penerbitan semula. Sebabnya masih tidak diketahui tetapi pihak Crytek akan memberitahu mengapa dalam posting terbaru.

Crysis Remastered 2

Sebelum ini, permainan video Crysis telah dibangunkan oleh Crytek dan dilancarkan pada PC Windows pada tahun 2007, kemudian dibawa ke PlayStation 3 dan Xbox 360 pada tahun 2011. Ketika waktu pelancaran permainan ini dahulu, Crysis yang pertama menjadi buah mulut para gamers kerana permainan ini amat terkenal dengan keperluan sistem perkakasannya kerana menggunakan CryEngine pada tetapan dan resolusi maksimum di PC yang mana memerlukan spesifikasi yang tinggi.

Satu trailer pendek berdurasi 37 saat telah dipertontonkan sempena pengumuman rasmi ini. Video tersebut dimulakan dengan memaparkan screenshot komen daripada para peminat yang mahukan Crysis versi remastered ini. Kemudian, skrin terus menunjukkan Jake “Nomad” Dunn, protagonis dari game pertama.

Crysis menceritakan kisah sci-fi tentang seorang askar Delta Force bernama Jake “Nomad” Dunn yang dilengkapi dengan nanosuit berkuasa tinggi, harus menentang kuasa Korea Utara dan ancaman makhluk asing. Lebih menarik lagi ialah jalan cerita permainan berlangsung pada bulan Ogos 2020.

Terbaru, perminan video muzikal ala-ala Studio Ghibli iaitu Giraffe And Annika diumumkan bakal dilancarkan pada bulan Ogos ini. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Giraffe And Annika Bakal Dilancarkan Ogos Ini Di PlayStation 4 Dan Switch