Turut menerima nasib yang sama seperti E3, satu lagi acara terbesar permainan video iaitu Gamescom yang mana mereka telah mengumumkan bahawa pihaknya akan turut membatalkan acara Gamescom 2020 yang mana seperti acara-acara lain disebabkan wabak koronavirus (Covid-19) yang sedang melanda dunia ketika ini. Bagi mengelakkan risiko wabak tersebut terus merebak, pihaknya mengambil keputusan untuk terus batalkan acara tersebut.

Pengumuman pembatalan acara tersebut dilakukan melalui akaun rasmi Twitter Gamescom itu sendiri. Selain itu, Gamescom juga menyatakan bahawa pihaknya akan memulangkan semula wang  kepada mereka yang sudah membeli tiket untuk acara tersebut. Segala pembayaran balik tiket akan dibuat dalam masa terdekat, tulis Gamescom dalam kenyataan tersebut.

Walaupun begitu, menurut mereka juga di dalam kenyataan yang sama, pihak mereka dilihat sudah menemui jalan penyelesaian baharu di mana pihak Gamescom juga berminat untuk menggantikan acara tersebut dengan acara digital. Geoff Keighley turut mengesahkan acara tersebut iaitu Gamescom: Opening Night Live yang sering dilakukan oleh beliau sebelum ini akan dipertayangkan pada 24 Ogos 2020 ini secara digital.

Untuk makluman anda semua, Gamescom merupakan acara tahunan permainan video yang diadakan di Cologne, Jerman setiap tahun sekitar penghujung Ogos. Ketika acara tersebut, ianya sering memperlihatkan pelbagai reruai oleh penerbit permainan dan juga pengumuman-pengumuman menarik.

Tindakan Gamescom tersebut merupakan satu tindakan yang sangat wajar atas sebab risiko pandemik ini yang semakin teruk.

Seperti semua sedia maklum, acara E3 2020 telah dibatalkan sepenuhnya pada tahun ini gara-gara penularan wabak Covid-19. Sementara itu, IGN juga turut mengumumkan bahawa meraka akan menjadi tuan rumah untuk acara “Summers of Gaming “pada awal bulan Jun ini, yang mana akan melibatkan rakan kongsi mereka  seperti Square Enix, Sega, Bandai Namco, Amazon, Google, Twitter, Devolver digital, dan THQ Nordic. Tujuan acara ini diadakan adalah untuk megisi kekosongan yang ditinggalkan E3 disebabkan pembatalan mereka gara-gara wabak Covid-19.

Sebelum ini, acara E3 2020 juga turut dibatalkan sepenuhnya bagi tahun ini gara-gara wabak pandemik ini. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

E3 2020 Dibatalkan Sepenuhnya, Tiada Pembentangan Digital Dilakukan