Minggu lepas kita disajikan dengan trailer rasmi siri terbaharu Monsta iaitu Mechamato. Kali ini, Monsta sekali lagi memperlihatkan klip ekslusif terbaru bagi siri Mechamato yang menampilkan watak Tok Aba ketika muda.

Sepertisemua sedia maklum, Mechamato atau nama sebenarnya ialah Amato merupakan bapa kepada BoBoiBoy. Petanda ini diperlihatkan dalam adegan pasca-kredit filem BoBoiBoy Movie 2. Di sini telah membuktikan bahawa siri Mechamato adalah prekuel buat siri BoBoiBoy atau dunia Power Sphera Universe.

Disebabkan video acah Mechamato yang dilancarkan minggu lalu telah mendapat lebih 1.5 juta tontonan di saluran rasmi YouTube Monsta, Pihak Monsta telah berjanji akan memperlihatkan klip ekslusif jika ramai yang menonton dan Monsta dilihat telah mengotakan janji mereka tersebut.

Baru-baru ini, sebuah kandungan eksklusif terbaharu Mechamato telah diterbitkan di laman Instagram rasmi mereka @monsta.official. Kandungan eksklusif ini, memperlihatkan watak Tok Aba ketika mudanya. Disebabkan Tok Aba adalah atuk kepada BoBoiBoy dan Amato adalah bapa kepada BoBoiBoy, Amato menggelarkan watak Tok Aba sebagai Aba.

Tok Aba

Kita dapat lihat dengan jelas rekaan watak “Aba” ini yang segak, kemas dan muda. Kita juga dapat melihat bahawa rambut Tok Aba sebenarnya putih dibahagian atas dan bahkan lebih banyak daripada Amato. Jika Monsta menggunakan format dan konsep yang sama yang digunakan dalam animasi BoBoiBoy, kita akan lihat lebih lanjut hubungan antara Amato dan Aba dalam siri Mechamato kelak.

Untuk makluman semua, siri animasi Mechamato akan memfokuskan watak Amato iaitu ayah kepada BoBoiBoy yang mana beliau mempunyai sfera kuasa MechaBot. MechaBot merupakan satu kuasa Power Sphera yang berupaya untuk berasimilasi dengan pelbagai objek termasuk Amato sendiri.

Walaupun begitu, tarikh tayangan rasmi Mechamato belum diumumkan lagi oleh pihak Monsta. Mungkin, maklumat lanjut berkenaan tarikh tersebut akan diumumkan oleh Monsta dalam masa terdekat ini.

Sebelum ini, Monsta telah memperlihatkan animasi Mechamato secara rasmi di saluran YouTube mereka. Klik pautan di bawah untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan animasi Mechamato ini.

Mechamato, Animasi Terbaru Monsta Kini Diperlihatkan Secara Rasmi