Akibat pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia ketika ini dan pelbagai negara telah mengeluarkan perintah kawalan pergerakan, PUBG Corp baru-baru ini mengumumkan bahawa pihaknya terpaksa membatalkan kejohanan utama mereka iaitu PUBG Global Series (PGS) untuk tahun ini. Pengumuman tersebut dibuat di laman rasmi mereka. Anda boleh membaca laporan tersebut di sini.

Disebabkan pembatalan tersebut, pihak mereka akan memberi pampasan berupa wang ringgit kepada pasukan yang sepatutnya layak untuk PGS Berlin. Pampasan adalah seperti berikut;

  • 21 pasukan yang sudah layak untuk PGS Berlin akan menerima $20 ribu (~RM87 ribu) setiap satu pasukan.
  • Pasukan dari China yang sedang melalui kejohanan PUBG Champion League untuk kelayakan ke PGS Berlin, 5 pasukan terbaik akan mendapat RM87 ribu.
  • Pasukan dari Amerika Syarikat, di mana pusingan kelayakan dibatalkan, 16 pasukan akan berkongsi $120 ribu(~RM525 ribu).

PUBG PGS
Dengan pembatalan acara PGS tersebut, PUBG Corp sebaliknya menggantikan dengan kejohanan baharu iaitu PUBG Continental Series (PCS) yang akan dianjur sepenuhnya secara dalam talian.

Kejohanan tersebut dijangka akan berlangsung pada bulan Mei, Jun dan Ogos di 4 benua dan peserta bakal merebut jumlah hadiah terkumpul sebanyak $2.4 juta(~RM10.51 juta). 4 benua adalah seperti berikut;

  • Asia – Korea, Jepun, China dan Taiwan
  • Asia Pasifik – Asia Tengara dan Oceania
  • Eropah
  • Amerika Utara

Buat mereka yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan kejohanan-kejohanan tersebut, anda boleh mengikuti laman sosial PUBG dan laman web rasmi mereka di sini.

Sebelum ini, Acara E3 2020 dan Gamescom 2020 turut dibatalkan gara-gara wabak pandemik Covid-19 yang semakin menular ketika ini. Sementara itu, IGN juga turut mengumumkan bahawa meraka akan menjadi tuan rumah untuk acara “Summers of Gaming “pada awal bulan Jun ini, yang mana akan melibatkan rakan kongsi mereka  seperti Square Enix, Sega, Bandai Namco, Amazon, Google, Twitter, Devolver digital, dan THQ Nordic.

Baru-baru ini, Gamescom 2020 turut dibatalkan gara-gara wabak pandemik Covid-19. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut berkenaan pengumuman tersebut

Gamescom 2020 Turut Dibatalkan Gara-Gara Wabak Covid-19