Sebelum ini kita digemparkan dengan pengumuman bahawa anime Black Clover bakal ditunda disebabkan wabak Covid-19, dan hari ini satu lagi berita menggemparkan buat peminat anime apabila Toei Animation telah mengumumkan bahawa produksi bagi anime One Piece dan Digimon Adventure 2020 akan ditangguhkan untuk tempoh masa yang masih belum diketahui gara-gara wabak koronavirus.

Sebelum ini, pelbagai laporan berkenaan perkara ini telah ditiriskan oleh sumber ketiga, dan hari ini maklumat ini akhirnya disahkan melalui pernyataan rasmi daripada Toei Animation sendiri. Toei membuat kenyataan tersebut di akaun Twitter rasmi milik mereka.

“Oleh kerana keadaan darurat di Jepun disebabkan oleh pandemik COVID-19, kami telah mempertimbangkan langkah-langkah keselamatan untuk mencegah penyebaran dan telah memutuskan untuk menangguhkan simulcast dan penyiaran Jepun daripada “One Piece” dan siri baru kami, “Digimon Adventure” buat masa ini. Maklumat kemas kini mengenai kepulangan kedua-dua siri akan didedahkan sebaik sahaja kami tahu. Terima kasih atas kesabaran dan pengertian anda selama ini. Harap selamat dan sihat.” – Toei Animation.

Memandangkan jadual anime yang dikeluarkan setiap minggu begitu sukar untuk dilaksanakan kerana hampir semua orang di seluruh dunia memulakan amalan ‘social distancing‘ untuk menjauhkan diri dan kuarantin diri mereka sendiri, pengumuman ini sudah lama dijangka oleh peminat. Ini mungkin bukan anime terakhir yang ditangguhkan buat masa ini, tetapi berita ini pasti menyedihkan peminat memandangkan kedua-dua anime di atas sangat popular.

Namun begitu, peminat pasti memilih agar studio animasi kegemaran mereka menjaga keselamatan dan kesihatan sepanjang wabak bahaya ini berlaku. Oleh itu, cara ini lebih bagus kerana ia bermakna bahawa lebih sedikit orang akan berisiko dijangkiti penyakit COVID-19.

One Piece dan Digimon Adventures

One Piece baru-baru ini meraikan ulang tahunnya yang ke-20, dan selama tempoh masa panjang ini, pihak produksinya jarang sekali mengambil cuti daripada mengeluarkan episod baru bagi anime nya.

Selain itu, siri reboot Digimon Adventure juga mempunyai permulaan yang hebat  dengan latar belakang penceritaan yang telah diolah semula dan berbeza dengan siri asal Digimon. Diharapkan wabak ini cepat berlalu pergi supaya anime One Piece dan Digimon Adventure dapat kembali ditayangkan seperti sedia kala.

Sebelum ini, anime Black Clover dilaporkan bakal ditunda di atas sebab yang sama. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Anime Black Clover Dikhabarkan Bakal Ditangguh Disebabkan COVID-19?