Nvidia baru-baru ini telah mengumumkan bahawa perkhidmatan GeForce Now mereka akan menerima sokongan permainan secara penuh oleh Ubisoft, di mana kesemua siri permainan video Assassin’s Creed dan Far Cry akan hadir di dalam perkhidmatan tersebut, lebih banyak permainan akan disertakan dari semasa ke semasa.

Selain itu, pihaknya juga turut mememaklumkan bahawa mereka menerima sokongan daripada pelbagai penerbit permainan seperti Epic Games, Bungie dan Bandai Namco. Ia sebelum ini telah disahkan akan menyokong permainan terbaru CD Projekt Red iaitu Cyberpunk 2077.

GeForce Now

Walaupun begitu, beberapa pembangun tidak meneruskan sokongan mereka, pembangun permainan video seperti Warner Bros, Xbox Games Studio, Codemaster dan Klei Entertainment tidak lagi menyertakan permainan mereka pada 24 April ini.

Perdebatan mengenai perkhidmatan sudah semestinya akan berterusan di antara penerbit permainan dengan pemain.

Oleh kerana, pemain boleh menggunakan perkhidmatan GeForce Now untuk bermain permainan yang dimiliki oleh mereka, mereka merasakan ia bukan satu masalah. Manakala dari perspektif pembangun pula, mereka ingin mengawal di mana permainan tersebut akan dikeluarkan.

Untuk makluman semua, GeForce Now adalah jenama yang digunakan oleh Nvidia untuk perkhidmatan permainan cloud mereka. GeForce Now membolehkan pengguna mengakses komputer maya, di mana mereka dapat memasang permainan PC mereka dari platform pengedaran digital yang sedia ada, dan dapat bermain permainan tersebut walaupun berada jauh dari PC. Seperti versi Shield yang asal, desktop maya juga dialirkan dari server Nvidia. Versi klien Android juga turut diperkenalkan pada tahun 2019.

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan perkhidmatan GeForce Now ini, anda boleh melawati laman web GeForce Now di sini.

Sebelum ini, Google mengumumkan bahawa platform penstriman permainan video mereka iaitu Google Stadia, kini ditawarkan secara percuma kepada mereka yang mempunyai alamat Gmail. Lebih menarik lagi, pihak mereka juga memberikan dua bulan akses untuk Stadia Pro dan sembilan permainan video secara percuma kepada pengguna baru.

Bagi mereka yang berminat untuk membaca artikel seperti artikel ini, anda boleh klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Google Stadia Ditawarkan Secara Percuma Kepada Pemilik Gmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *