Disebabkan liga bola sepak Premier League dihentikan untuk sementara waktu gara-gara wabak pandemik Covid-19, Premier League baru-baru ini telah mengajurkan kejohanan FIFA 20 iaitu ePremier League Invitational bagi mengisi kekosongan tersebut dan juga bertujuan untuk memberi dana kepada National Health Service (NHS) di UK.

Konsep yang digunakan untuk kejohanan ini hampir sama dengan kejohanan ‘Stay and Play Cup’ yang dianjurkan oleh Electronic Arts di mana kejohanan ini akan memperlihatkan kesemua 20 pasukan Premier League yang diwakili oleh seorang pemain (termasuk juga pemain bola sepak mereka sendiri) bertanding secara kalah mati sehingga peringkat akhir.

Premier League ePremier League Invitational

Kejohanan ini bakal berlangsung selama 5 hari dan akan disiarkan secara langsung di Astro melalui saluran 812/832 ataupun melalui laman rasmi liga Premier League. Berikut adalah senarai perlawanan dan tarikh serta masa.

21 April (bermula 7 malam)

  • 1A: John McGinn (Aston Villa) lwn Neal Maupay (BHA)
  • 1B: Josh Franceschi (ARS) lwn Nathaniel Chalobah (WAT)
  • 1C: Dwight McNeil (BUR) lwn Ryan Fredericks (WHU)
  • 1D: Philip Billing (BOU) lwn Angus Gunn (SOU)

22 April (bermula 7 malam)

  • 2A: Raheem Sterling (MCI) lwn Wilfried Zaha (CRY)
  • 2B: Tom Grennan (MUN) lwn Trent Alexander-Arnold (LIV)
  • 2C: Reece James (CHE) lwn Andre Gomes (EVE)
  • 2D: Moussa Sissoko (TOT) lwn Christian Atsu (NEW)

23 April (bermula 7 malam)

  • 2E: Diogo Jota (WOL) lwn Wilfred Ndidi (LEI)
  • 2F: Todd Cantwell (NOR) lwn Lys Mousset (SHU)
  • 2G: Pemenang 1A lwn Pemenang 1D
  • 2H: Pemenang 1B lwn Pemenang 1C

24 April (bermula 7 malam)

  • SA1: Pemenang 2B lwn Pemenang 2D
  • SA2: Pemenang 2A lwn Pemenang 2C
  • SA3: Pemenang 2E lwn Pemenang 2F
  • SA4: Pemenang 2G lwn Pemenang 2H

25 April (bermula 10 malam)

  • SP1: Pemenang SA1 lwn Pemenang SA2
  • SP2: Pemenang SA3 lwn Pemenang SA4
  • Akhir: Pemenang SP1 lwn Pemenang SP2

Hadiah wang tunai untuk kejohanan ini, akan diberikan sepenuhnya kepada NHS. Buat mereka yang berminat, jangan lepaskan peluang untuk menyokong pasukan kegemaran anda. Kejohanan tersebut bakal dimulakan hari ini seawal jam 7 malam.

Sebelum ini, EA Sports juga akan menganjurkan pertandingan ‘Stay and Play Cup’ dan akan membawakan 20 kelab ternama Eropah berkumpul bermain FIFA 20 dan mengadakan strim atas talian sepanjang pertandingan tersebut. Wang derma yang berjumlah USD1 juta (~RM4.3 juta) hasil daripada pertandingan tersebut akan didermakan kepada Global Giving’s Coronavirus Relief Fund. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

EA Kumpul Pemain Bola Sepak Ternama Untuk Pertandingan Amal FIFA20