Beberapa tahun lalu, Beam Team Games mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan Stranded Deep yang dikolaborasikan bersama studio Telltale Games, namun permainan tersebut terpaksa ditundakan disebabkan penutupan studio Telltale Games tersebut.

Terkini, setelah beberapa tahun sejak pengumuman permainan tersebut, Beam Team Games akhirnya melancarkan secara rasmi permainan Stranded Deep ini di konsol PlayStation 4 dan Xbox One bermula hari ini.

Stranded Deep merupakan permainan yang berkonsepkan survival, ekplorasi dan dunia terbuka yang mana ia memfokuskan pemain untuk meneruskan hidup setelah kapal terbang yang dinaiki terhempas. Dalam permainan ini juga, pemain perlu membina alatan seperti kapak, senjata dan tempat berlindung daripada ancaman semulajadi.

Permainan ini juga mempunyai cuaca yang dinamis dan kitaran siang-malam. Juga ditampilkan adalah sistem bangunan, di mana pemain perlu menetap di sebuah pulau dan membina tempat perlindungan atau rakit untuk meneroka lautan, dan sistem pertukangan, di mana sumber dapat dipungut dan digabungkan bagi mencipta peralatan. Sumber adalah terhad, dan perlu diuruskan dengan baik. Disebabkan bekalan yang dapat dibawa oleh pemain adalah terhad, barang perlu diutamakan untuk tugas yang sedang dilakukan.

Selain itu, fokus lain permainan ini ialah pemain perlu menjaga tahap kelaparan pemain termasuklah kesihatan dari segi kepanasan, racun dan sebagainya.

Sebelum ini, permainan ini telah pun dilancarkan di PC sebagai permainan akses awal melalui Steam dan dijual dengan harga hanya RM31 sahaja.

Stranded Deep

Bagi anda yang berminat versi konsol, anda boleh dapatkannya bermula hari ini di platform pilihan anda. Namun, bagi PlayStation 4, ianya masih belum tersenarai di kedai atas talian PSN Store bagi pasaran Malaysia.

Minggu lalu, Crytex mengumumkan bahawa Crysis pertama yang telah dilancarkan pada 2007 akhirnya akan hadir ke platform moden iaitu di Nintendo Switch, PlayStation 4, Windows PC, dan Xbox One dengan versi penambah baikan. Seperti yang disebut sebelum ini, butiran tentang permainan tersebut yang dikenali sebagai Crysis Remastered.

Terbaru, perminan video muzikal ala-ala Studio Ghibli iaitu Giraffe And Annika diumumkan bakal dilancarkan pada bulan Ogos ini. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Giraffe And Annika Bakal Dilancarkan Ogos Ini Di PlayStation 4 Dan Switch

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *