Selepas tertiris beberapa maklumat berkenaan permainan mudah-alih Crash Bandicoot sebelum ini, Nampaknya Activision dan King dilihat terus melancarkan permua tersebut buat pasaran Malaysia yang mana ianya kini boleh dimuat-turun buat peranti Android.

Namun begitu, permainan mudah alih tersebut kelihatannya masih tidak dilancarkan secara rasmi lagi kerana versi iOS masih belum boleh dimuat-turun. Namun bagi anda yang memiliki peranti Android, anda boleh terus muat-turun bermula hari ini dan bermain permainan tersebut.

Crash Bandicoot Mobile

Untuk makluman semua, Crash Bandicoot Mobile merupakan permainan yang dihasilkan berdasarkan siri Crash Bandicoot yang pernah dilancarkan untuk konsol PlayStation 1 pada tahun 1996 dahulu. Permainan ini lebih memfokuskan bentuk permainan larian tanpa henti ataupun “Endless Runner” secara berperingkat di mana anda perlu mengelak daripada halangan musuh dan pada masa yang sama mengumpul buah Wumpa.

Lebih menarik lagi apabila King iaitu pembangun permainan video ini turut menyertakan beberapa bentuk pertempuran bersama ketua musuh yang mana sekaligus pasti memberi bentuk permainan yang lebih unik dan menarik untuk dimainkan berkali-kali.

Permua Crash Bandicoot Mobile ini merupakan permainan mudah-alih percuma. Ianya akan menampilkan karakter musuh seperti Mutagen Ant, Scorporilla, Nitrus Brio, Dingodile, dan banyak lagi semasa anda mengelak, meluncur, dan berlari melalui pelbagai lokasi di Pulau Wumpa. Permainan mudah-alih ini cuma memakan ruangan simpanan peranti Android anda sebanyak 386mb sahaja.

Bagi mereka yang berminat dengan permainan ini, anda boleh memuat-turun permainan mudah-alih ini secara percuma melalui Google Play Store di sini.

Manakala, baru-baru ini juga, Beam Team Games telah melancarkan sebuah permainan video yang berkonsepkan survival dan dunia terbuka yang berjudul Stranded Deep untuk platform PlayStation 4 dan Xbox One.

Manakala, Crytex mengumumkan bahawa Crysis pertama yang telah dilancarkan pada 2007 akhirnya akan hadir ke platform moden iaitu di Nintendo Switch, PlayStation 4, Windows PC, dan Xbox One dengan versi penambah baikan. Seperti yang disebut sebelum ini, butiran tentang permainan tersebut yang dikenali sebagai Crysis Remastered.

Di bawah ini dikepilkan beberapa artikel yang mungkin menarik minat anda untuk dijadikan bahan bacaan. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Crysis Remastered Telah Diumumkan Secara Rasmi Oleh Crytek

Stranded Deep Dilancarkan Secara Rasmi Hari Ini Untuk Konsol