Disebabkan PKP dilanjutkan untuk fasa keempat, rata-rata gamers kini mencari permainan video baharu untuk dimainkan bagi menghabiskan masa terluang ini. 2K Games hari ini mengumumkan  di mana mereka menawarkan permainan XCOM 2 untuk dimainkan secara percuma dalam tempoh masa yang terhad. Permainan video ini ditawarkan untuk pemain di Xbox One dan PC melalui Steam. Pemberian ini adalah sebahagian daripada Give Back Project yang dianjurkan oleh 2k Games sendiri.

Walaupun permainan ini sudah dilancarkan lama dahulu, XCOM 2 sangat dipandang tinggi kerana permainannya yang unik telah menarik perhatian ramai gamers ketika pelancarannya dahulu.

Permainan ini dilancarkan pada tahun 2016, permainan ini ialah permainan yang berkonsepkan strategi turn-based yang berlangsung 20 tahun selepas XCOM: Enemy Unknown. Di dalam garis masa ini, Bumi kini berada di bawah kuasa penjajah orang jahat tetapi wira-wira daripada permainan sebelumnya telah bersatu dengan misi untuk menjatuhkan musuh. Berkemungkinan XCOM 2 akan memberi sedikit kesukaran untuk pemain baru, tetapi mereka yang sanggup mempelajari strategi berbeza pasti akan jatuh cinta dengan permainan ini.

XCOM 2

Untuk makluman semua, Give Back Project merupakan satu program yang memberi akses percuma kepada pengguna Xbox One dan Steam untuk game tertentu dalam jangka masa yang terhad. XCOM 2 telah menggantikan Borderlands: Game of the Year Edition sebagai game percuma seterusnya. Buat masa ini, 2K Games tidak menawarkan jadual untuk percubaan percuma ini.

Permainan ini kini tersedia secara percuma di Xbox One hingga 29 April pada 11:59 PM PT, dan di Steam hingga 30 April jam 9:59 AM PT.

Sebelum ini, Beam Team Games telah melancarkan sebuah permainan video yang berkonsepkan survival dan dunia terbuka yang berjudul Stranded Deep untuk platform PlayStation 4 dan Xbox One.

Manakala, Crytex mengumumkan bahawa Crysis pertama yang telah dilancarkan pada 2007 akhirnya akan hadir ke platform moden iaitu di Nintendo Switch, PlayStation 4, Windows PC, dan Xbox One dengan versi penambah baikan. Seperti yang disebut sebelum ini, butiran tentang permainan tersebut yang dikenali sebagai Crysis Remastered.

Crysis Remastered Telah Diumumkan Secara Rasmi Oleh Crytek