Baru-baru ini, laman servis siaran langsung milik Bandai iaitu Bandai Channel telah melancarkan projek terbaharu mereka iaitu “Stay @ Home with Digimon” yang menyediakan 6 siri anime Digimon secara percuma selama 6 minggu untuk seluruh dunia, bersama dengan beberapa acara istimewa lain.

Bandai "Stay @ Home with Digimon"

Berikut merupakan jadual tayangan filem Digimon:

  • Digimon Adventure – 26 April hingga 2 Mei
  • Digimon Adventure: Our War Game! – 3 Mei hingga 9 Mei
  • Digimon Adventure 02: Hurricane Touchdown!! – 10 Mei hingga 16 Mei
  • Digimon Adventure 02: Revenge of Diaboromon – 17 Mei hingga 23 Mei
  • Digimon Tamers: Battle of Adventurers – 24 Mei hingga 30 Mei
  • Digimon Tamers: Runaway Digimon Express- 31 Mei hingga 6 Jun

Seterusnya, episod 1 dan 2 untuk siri anime reboot Digimon Adventure (2020) diberikan secara percuma untuk ditonton. Bagi mereka yang belum menonton anime terbaru Digimon ini, Ini merupakan waktu yang sesuai untuk anda. Untuk mereka yang melanggan saluran tersebut pulak, mereka bakal mendapat bonus di mana episod 3 anime Digimon Adventure: bersama keseluruhan anime Digimon Adventure (1999) dan Digimon Adventure 02 (2000) diberikan secara percuma untuk mereka.

Digimon Adventure:

Untuk mereka yang berminat, Galah Panjang sertakan link di sini untuk anda menonton kelak. Disebabkan PKP juga dilanjutkan untuk fasa keempat, boleh lah kita sibukkan diri dengan menonton satu atau dua siri Digimon ini.

Untuk makluman semua, siri reboot Digimon Adventure: (2020) juga mempunyai permulaan yang hebat  dengan latar belakang penceritaan yang telah diolah semula dan berbeza dengan siri asal Digimon. Terdapat penambahbaikan dari segi ilustrasi dan visual untuk siri ini. Selain itu, pergerakan animasi dalam siri ini nampak lebih lancar dan fluid

Walau bagaimanapun, baru-baru ini juga Toei Animation telah mengumumkan bahawa produksi bagi anime One Piece dan Digimon Adventure 2020 akan turut ditangguhkan untuk tempoh masa yang masih belum diketahui gara-gara wabak koronavirus yang sedang melanda dunia ketika ini.

Baru-baru ini, anime reboot Digimon Adventure: telah pun ditangguhkan. Untuk membaca dengan lebih lanjut, sila klik di pautan di bawah ini.

One Piece Dan Digimon Adventure Ditangguh Gara-Gara Covid-19