Permainan video Destroy All Humans! versi olahan semula (remake) kini sudah mempunyai tarikh pelepasan rasmi iaitu pada pada 28 Julai 2020. Permainan video yang dibangunkan oleh THQ Nordic akan hadir di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam kelak.

Sebelum ini, permainan Destroy All Humans! ini pernah dilancarkan pada tahun 2005 dan kini permainan tersebut diberi satu bentuk olahan semula yang menyertakan pelbagai penambahbaikan dari segi visual, grafik dan bentuk permainan.

Dalam permainan ini, pemain akan mengawal seekor makhluk asing bernama Crypto-137, tugas pemain adalah untuk mengumpulkan DNA manusia dengan berjaya dan kreatif agar spesies makhluk asing anda dapat meneruskan kelansungan hidup. Ini bermaksud pemain harus menggunakan segala peralatan makhluk asing untuk mengganas di Bumi. Alatan pula terdiri daripada pistol yang boleh menembak bebola api atau kilat serta jetpack dan kapal angkasa untuk terbang di udara.

Destroy All Human!

Selain itu, terdapat dua edisi terhad khas buat permainan tersebut yang mana ianya menyertakan sebilangan barangan yang menarik termasuklah figura khas

Edisi pertama untuk permainan ini ialah edisi Destory All Humans! DNA Collector’s Edition di mana edisi ini akan dijual dengan harga bermula $149.99(~RM629) dan ianya akan menyertakan:

  • Permainan penuh Destroy All Humans!
  • Figura Crypto’N’Cow
  • Rantai kunci khas bermuka Crypto
  • Lithografi dengan 6 rekaan khas Destroy All Humans!
  • Mainan anti-stres Crypto
  • Kotak khas
  • Kandungan digital: Kesemua Kostum Crypto

Manakala edisi kedua pula adalah edisi Destroy All Humans! Crypto- 137 Edition yang mana ianya akan dijual dengan harga $399.99(~RM1,677). Dari segi kandungan, ianya akan menyertakan kandungan yang hampir serupa dengan edisi DNA, namun edisi ini akan menyertakan figura berbeza bersama-sama dengan beg sandang khas. Berikut adalah senarai barangan yang akan disertakan:

  • Permainan penuh Destroy All Humans!
  • Figura Crypto- 137
  • Beg sandang Crypto
  • Rantai Kunci Crypto
  • Rantai kunci khas bermuka Crypto
  • Lithografi dengan 6 rekaan khas Destroy All Humans!
  • Mainan anti-stres Crypto
  • Kotak khas
  • Kandungan digital: Kesemua Kostum Crypto

Berikut merupakan sinopsis rasmi untuk permainan ini:

Mengganas di planet Bumi pada era 1950-an sebagai makhluk asing jahat bernama Crypto-137. Kumpul DNA mereka dan jatuhkan kerajaan AS dalam remake action-adventure legenda ini. Musnahkan manusia lemah menggunakan pelbagai jenis senjata asing dan abiliti psikik serta ratakan bandar mereka dengan kapal angkasa lepas anda!

Bagi mereka yang bermain game asal ketika pada tahun-tahun yang lalu, anda pasti gembira untuk mendengar bahawa versi remake ini mempunyai jumlah masa yang lebih panjang daripada versi asal. Pemain PC sudah boleh membuat pra-tempah terlebih dahulu di STEAM dengan harga RM59.00 di mana mereka akan menerima Skin Pack istimewa apabila ia dilancarkan pada bulan Julai. Manakala, untuk harga pelantar lain seperti PS4, Xbox One, dan Stadia masih belum diumumkan.

Destroy All Humans!

Baru-baru ini, Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan bahawa sekuel The Last of Us diumumkan secara rasmi akan tiba Jun ini. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Sekuel The Last of Us Diumumkan Secara Rasmi Akan Tiba Jun Ini