Pesaing terhebat Steam, Epic Games Store kini telah memperkenalkan satu sistem keselamatan baharu iaitu pengesahan dwi-faktor untuk setiap pengguna. 

Epic Games telah mengeluarkan kenyataan bahawa bermula 28 April sehinggalah 21 Mei 2020, pengguna perlu mengaktifkan ciri pengesahan dwi-faktor untuk menebus permainan-permainan percuma yang akan diberikan oleh pihak mereka kelak.

Epic Games

Bagi yang mereka sudah menghidupkan fungsi ini, tiada lagi pop-up tambahan apabila ingin menebus permainan-permainan percuma tersebut. Untuk makluman semua, pihak mereka menyatakan kepada pihak media bahawa penggunaan pengesahan dwi-faktor ini adalah untuk melindungi akaun para pengguna daripada akses yang tidak disahkan, serta menambah tahap keselamatan tambahan kepada akaun setiap kali apabila log masuk.

Epic Games 2

Apabila menebus permainan percuma, ianya akan menunjukkan notis “Requires 2FA” di mana ciri tersebut perlu diaktifkan terlebih dahulu. Pengguna boleh melakukan ini di dalam menu pengurusan akaun Epic Games Store di bawah tetapan Password & Security, di mana anda boleh memilih untuk mendapatkan token dwi-faktor melalui aplikasi, SMS ataupun emel.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *