Nampaknya khabar angin yang telah tertiris beberapa bulan kebelakangan ini berkenaan francais terkenal dari Ubisoft iaitu Assasin’s Creeds akan bertemakan Vikings merupakan satu kebenaran, Ubisoft hari ini mengumumkan secara rasmi tajuk penuh permainan tersebut iaitu Assassin’s Creed Valhalla.

Pengumuman tersebut dilakukan melalui satu video livestream khas yang mana Bosslogic, iaitu pelukis dan pengkarya terkenal melakukan manipulasi foto menghasilkan imej atau poster berdasarkan permainan tersebut. Penstriman tersebut berlangsung lebih dari 7 jam namun bagi mereka yang ingin melihat secara pantas, anda boleh menonton video tersebut di bawah.

Di dalam penstriman khas yang dipertontonkan malam tadi telah memperlihatkan imej yang berlatarbelakangkan aktiviti-aktiviti yang cukup sinonim dengan Vikings. Di tengah-tengahnya kelihatan seorang Vikings yang memegang sebilah kapak.

Di bahagian kiri artwork tersebut, kita dapat lihat seangkatan Vikings sedang menaiki kapal panjang untuk melakukan serangan atau lebih dikenali sebagai Vikings Raid, Ini menandakan permainan di lautan akan dibawakan kembali untuk permainan video Assassin’s Creed Valhalla ini, sama seperti Odyssey. Kemudian, di bahagian kanan artwork, kelihatan askar-askar Vikings sedang berperang dengan askar-askar tempatan di England.

Lebih menarik lagi, di dalam imej yang dihasilkan oleh Bosslogic ini turut memperlihatkan kehadiran seekor burung Gagak yang pastinya akan bertindak sebagai mekanisme untuk para pemain melihat sesuatu kawasan dari udara. Penggunaan burung Raven ini sekaligus menggantikan burung Helang yang sangat sinonim dengan francais ini. Untuk makluman semua, burung Raven/gagak dalam mitologi Norse dipercayai sebagai mata-mata untuk dewa Odin.

Assassin’s Creed Valhalla

Bersempena dengan itu, Ubisoft juga menyatakan yang mana mereka akan melancarkan video trailer pertama secara rasmi pada hari ini iaitu sekitar jam 10:45 malam ini di saluran rasmi Youtube Ubisoft.

Buat masa ini, Ubisoft tidak mengumumkan sebarang tarikh pelancaran mahupun platform permainan yang akan disokong oleh permainan ini. Sebagai peminat francais permainan ini, sama-sama kita nantikan video acah pertama yang akan diperlihatkan malam ini.

Baru-baru ini, THQ Nordic telah mengumumkan bahawa Permainan video Destroy All Humans! versi olahan semula (remake) kini sudah mempunyai tarikh pelepasan rasmi iaitu pada pada 28 Julai 2020. Permainan video ini akan hadir di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam kelak.

Destroy All Humans! Bakal Hadir Di Konsol Dan PC Bermula 28 Julai Ini