Riot Games baru-baru ini telah mengumumkan yang permainan menembak taktikal 5 lawan 5 mereka iaitu Valorant akan dilancarkan secara rasmi pada 2 Jun 2020 sebagai permainan percuma untuk dimainkan di PC. Pengumuman tersebut dibuat semalam sebagai sebahagian daripada acara Summer Game Fest yang sedang berlangsung ketika ini.

Riot turut mengumumkan bahawa sesi beta tertutup yang sedang dijalankan pada ketika ini akan ditamatkan pada 28 Mei ini bagi mempersiapkan pasukan mereka untuk pelancaran penuh kelak seperti menghapuskan semua akaun pemain agar permainan ini dapat dimainkan secara seimbang ketika hari pelancarannya nanti.

Menurut Anna Donlon selaku penerbit eksekuti permainan tersebut, beliau menyatakan bahawa matlamat mereka (Riot) ialah untuk memperkenalkan Valorant kepada seluruh dunia secepat mungkin, jadi tarikh 2 Jun tersebut merupakan tarikh yang ideal buat mereka.

Tambah beliau lagi, “Pasukan kami tidak sabar untuk memberi komitmen selama bertahun-tahun demi melayani komuniti global Valorant. Ini baru permulaan perjalanan kita.”

Disebabkan Riot sering memberikan kemas kini mengenai sistem anti-cheat mereka, terdapat banyak hacker yang di ‘banned’ daripada permainan ini ketika sesi ujian beta tertutup berlangsung. Walaupun berkemungkinan ‘hacker’ ini akan kembali ke Valorant selepas pelancaran rasmi. BAN merangkumi semua akaun pada masa lalu dan masa depan, jadinya mereka akan diharamkan bermain permainan ini sepenuhnya.

Untuk makluman semua, Valorant merupakan sebuah game first-person shooter kompetitif 5v5 yang memfokuskan kepada permainan berdasarkan karakter dengan abiliti masing-masing. Permainan video ini seakan gabungan Overwatch dan Counter-Strike.Berkemungkinanan beberapa pengaruh League of Legends akan dimasukkan kerana ianya datang dari pembangun yang sama.

Pelancaran rasmi Valorant untuk pelantar PC ialah pada 2 Jun manakala ujian beta ditutup pada 28 Mei. Pemain boleh muat-turun Valorant secara percuma di PlayValorant.com ketika hari pelancarannya nanti.

Sebelum ini, Activision  telah mengumumkan secara rasmi yang mana mereka akan membawa kembali permainan Tony Hawk’s Pro Skater 1 dan 2 sebagai versi remastered iaitu Tony Hawk’s Pro Skater 1+2. Pengumuman tersebut dilakukan ketika acara Summer Game Fest bersama Geoff Keighley yang disiarkan secara langsung di laman Youtube. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Lagu Latar Tony Hawk’s Pro Skater 1+2 Kini Boleh Distrim Di Spotify