Sebelum ini, Metronomik telah mengumumkan yang No Straight Roads akan dikeluarkan pada 30 Jun 2020 untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Namun begitu, berdasarkan perkongsian terbaru di Facebook Metronomik, Wan Hazmer selaku ketua Metronomik mengumumkan bahawa permainan video tersebut terpaksa ditunda akibat masalah yang hadir bersama dengan pandemik Covid-19.

An Update From Game Director Wan Hazmer

An update on No Straight Roads from game director Wan Hazmer.

Posted by No Straight Roads on Tuesday, May 26, 2020

Berdasarkan pengumuman yang dibuat dalam video tersebut, Wan Hazmer berkata yang permainan ini tetap akan dilancarkan pada musim panas ini (sekitar Jun hingga September). Beliau juga mengatakan yang kebanyakan laman akan meletakkan Ogos sebagai tarikh pengeluaran akan tetapi ia bukan satu tarikh yang sebenar. Mereka akan melakukan pengumuman lanjut apabila mempunyai tarikh yang tetap.

Permainan ini menggabungkan elemen permainan hack-dan-slash pantas dengan permainan yang berunsurkan ritma dan rentak. Permainan video ini mempunyai  gaya seni visual yang menarik dan runut bunyi yang cemerlang. Di dalam permainan ini, pemain akan mengawal dua watak utama iaitu Mayday dan Zuke, dua ahli muzik Rock yang akan menentang empayar EDM yang jahat.

Wan Hazmer NSR

Metronomik merupakan studio pembangun permainan video yang berpangkalan di Malaysia, yang diketuai oleh Wan Hazmer, anak tempatan Malaysia. Wan Hazmer dahulunya merupakan seorang lead game designer Final Fantasy XV dan Daim Dziauddin, concept artist untuk permainan video Street Fighter V.

Pra-tempah untuk permainan ini telah boleh mula dilakukan sekarang di retail store di Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina dan Indonesia untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Manakala, untuk Nintendo Switch pula, senarai penuh peruncit boleh didapati di laman web Maxsoft rasmi.

Seperti yang dilaporkan di dalam artikel sebelum ini,  Collector’s Edition No Straight Roads, yang menampilkan vinyl LP dua sisi eksklusif dengan trek dari OST permainan, buku seni ‘The Art of NSR’ 64 halaman, drumstick NSR rasmi dan kotak persembahan yang funky, akan boleh didapati di Nintendo Switch, Xbox One dan PS4.

Klik pautan di sini untuk membaca dengan lebih lanjut tentang permainan video ini.

Sebelum ini, No Straights Roads telah diumukan secara rasmi akan hadir pada pelantar PC, PlayStation 4, Xbox One dan juga Nintendo Switch. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

No Straight Roads Bakal Dilancarkan 30 Jun Ini Di PlayStation 4 dan PC

Xbox One Dan Nintendo Switch Sah Terima Permainan No Straight Roads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *