Filem Sonic the Hedgehog yang telah pun ditayangkan pada Februari lalu merupakan satu kejayaan global yang sangat mengejutkan untuk francais tersebut. Ia mendapat reaksi positif ramai pihak walaupun ketika trailer pertama dikeluarkan, ianya mendapat pelbagai kritikan oleh peminat-peminat siri ini. Filem tersebut filem pertama live-action bagi francais Sonic.

Namun begitu, ada berita baik untuk peminat filem ini, berdasarkan laporan daripada Variety, sekuel untuk filem tersebut telah pun berada dalam fasa pembangunan.

Filem Sonic The Hedgehog

Paramount Pictures dan Sega dilaporkan sedang membangunkan filem sambungan untuk Sonic the Hedgehog di mana mereka dilihat mengekalkan pasukan kreatif dan pengurusan teras yang sama dengan filem pertamanya.

Jeff Fowler akan kembali sebagai pengarah, bersama-sama dengan Pat Casey dan Josh Miller sebagai penulis skrip. Oleh kerana sekuel untuk filem ini masih di peringkat awal, senarai pelakon masih belum diumumkan dan jalan ceritanya juga belum diketahui lagi.

Sonic the Hedgehog mendapat sambutan yang sangat baik, bukan sahaja penerimaan media dan peminat tetapi juga dengan kutipan yang telah melebihi RM1 bilion, sekaligus berjaya mencatatkan rekod baharu untuk kutipan paling tinggi bagi pembukaan hujung minggu dalam sejarah berdasarkan kutipan di Amerika Syarikat. Filem yang menampilkan hero ikonik berwarna biru itu telah menolak rekod yang sebelum ini dipegang oleh Detective Pikachu.

Pastinya ramai daripada kita yang tidak sabar untuk melihat kemunculan semula Jim Carrey sebagai Dr. Robotnik dalam filem sekuel ini. Manakala, Ben Schwartz menjadi pelakon suara untuk watak Sonic The Hedgehog. Sama-sama kita nantikan sekuel ini.

Sebelum ini, siri permainan video yang sangat popular iaitu Monster Hunter akan dibawa ke layar perak dalam bentuk live-action dengan menampilkan pelakon popular yang cukup dikenali dengan filem Ong-Bak iaitu Tony Jaa dan juga Mila Jovovich pelakon utama siri filem Resident Evil, nampaknya akan ditayangkan di GSC Cinemas Malaysia pada 3 September ini. Klik pautan di bawah jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang filem ini.

Filem Monster Hunter Bakal Ditayangkan Di GSC 3 September Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *