Baru-baru ini, Geoff Keighley selaku penerbit kepada acara The Game Awards telah mengumumkan bahawa sebuah acara digital khas Summer Game Fest 2020 akan berlangsung sepanjang bulan Mei sehingga Ogos ini.

Menurut kenyataan beliau, acara ini merupakan acara permainan video digital khas yang akan menyertakan pelbagai kandungan permainan video daripada pelbagai penerbit seperti pengumuman baharu, demo permainan dan sebagainya.

 

Tambah beliau lagi, acara Summer Game Fest 2020 ini pastinya dapat menghubungkan peminat dan industri permainan video dengan pelbagai pengumuman bersama berita permainan video dengan keselesaan di rumah.

Seperti yang dijanjikan oleh beliau sebelum ini, acara Summer Game Fest 2020 ini juga akan turut disertakan pelbagai demo permainan khas buat pemain yang akan diumumkan kelak. Semestinya acara musim panas Game Festival oleh Steam yang diumumkan sebelum ini juga turut tersenarai.

Summer Game Fest 2020

Ketika pengumuman ini dibuat, terdapat beberapa penerbit dan platform terkenal sudah diumumkan akan mengambil bahagian dalam acara ini seperti  2K, Activision, Bandai Namco, Bethesda, Blizzard, Bungie, CD Projekt Red, Digital Extreme, Electronic arts, Square-Enix, Private Division, RIot Games, Steam dan Warner Bros. Interactive.

Lebih menarik lagi apabila Geoff Keighley turut  mengumumkan bahawa Sony Interactive Entertainment dan Microsoft turut akan terlibat untuk kedua-dua jenama permainan video mereka iaitu PlayStation dan Xbox.

Acara ini akan berlansung di pelbagai platform sosial media seperti Youtube, Facebook, Twitch, Twitter dan sebagainya. Bagi mereka yang berminat untuk mengikuti acara ini, anda boleh klik di pautan media sosial yang telah kami sediakan sebelum ini. Untuk mereka yang ingin ingin mengetahui informasi lanjut seperti mendaftar senarai emel anda untuk mendapat pemberitahuan berkenaan acara tersebut, anda boleh ke laman rasmi Summer Game Fest di sini.

Sebelum ini, Syarikat SteamWork telah mengumumkan bahawa pihaknya akan menganjurkan The Steam Game Festival untuk musim panas yang akan bermula pada 9 Jun 2020 sehingga 14 Jun 2020. Penganjuran pada bulan Jun ini, berkemungkinan besar adalah untuk menggantikan E3 2020 yang telah dibatalkan pada tahun ini. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Steam Umumkan The Steam Game Festival Bermula Jun Ini