Siapa tidak kenal dengan insan bernama Mohd Faris Zakaria atau Soloz yang cukup terkenal dengan permainan Mobile Legends di Malaysia. Beliau dan pasukannya telah beberapa kali mengharumkan nama negara apabila berjaya memenangi pertandingan-pertandingan besar Mobile Legends di luar negara. Kini, Soloz sekali lagi telah mencatatkan satu rekod baharu dalam dunia E-sukan tempatan yang cukup mengagumkan dan akan dijadikan penanda aras untuk atlit E-sukan lain terus berjaya.

Beliau baru-baru ini telah diumumkan oleh Malaysia Book of Records sebagai atlit esukan dengan pengikut paling ramai di Facebook. iaitu seramai 1.2 juta pengikut.

What’s the magic number? Approx. 1,200,000. That’s right! The national record title for “Most Number of Followers in…

Posted by Malaysia Book of Records on Saturday, May 2, 2020

Selain merupakan pemain professional Mobile Legends yang mewakili pasukan Bosskurr, Soloz juga merupakan penstrimer di laman Facebook beliau, yang menjadi sebab utama beliau mempunyai jumlah pengikut yang ramai di Facebook. Bukan sahaja Mobile Legends, malah beliau kini turut bermain permainan video lain semasa livestream seperti PUBG Mobile.

Pada akhir bulan lepas, Malaysia Book of Record juga menganugerahkan Atlit Esukan dengan jumlah tontonan video tertinggi di Youtube kepada BiuBiu dari Team Secret.

Jutaan Tahniah kami ucapkan kepada Soloz atas kejayaan yang cukup membanggakan ini. Semoga terus menghiburkan peminat E-sukan tanah air dengan permainan yang menarik dan menyeronokkan.

Buat mereka yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan dunia E-sukan tempatan, anda boleh klik pautan di sini untuk dijadikan bahan bacaan lanjut.

Sebelum ini, sejak diumumkan beberapa hari yang lalu, Assassin’s Creed Valhalla mula dibandingkan dengan permainan God of War yang dilancarkan pada tahun 2018 yang turut menggunakan latar yang sama iaitu Vikings dan kini pengarah bagi permainan tersebut tampil  memberikan penjelasan. Ikuti penjelasan beliau di sini.

Manakala, PUBG Corp baru-baru ini mengumumkan bahawa pihaknya terpaksa membatalkan kejohanan utama mereka iaitu PUBG Global Series (PGS) untuk tahun ini disebabkan penularan wabak pandemik Covid-19 yang sedang melanda dunia ketika ini dan pelbagai negara telah mengeluarkan perintah kawalan pergerakan yang membuatkan acara ini gantikan dengan satu acara atas talian. Klik pautan di bawah untuk jadikan bacaan lanjut.

PUBG Gantikan Kejohanan Global Series Dengan Acara Atas Talian