Baru-baru ini, pasukan Yoodo Gank yang mewakili Malaysia berjaya dinobatkan sebagai juara PUBG Mobile Liga Profesional Asia Tenggara (SEA Final) Musim Pertama 2020.

Kemenangan ini berjaya diperolehi setelah mereka berjaya menewaskan 15 pasukan Asia Tenggara yang lain dan mengutip sebanyak 284 mata untuk meletakkan diri mereka di tangga teratas liga.

Pasukan Yoodo Gank atau turut dikenali sebagai The One and Onleh ini secara automatiknya berjaya menempah slot di Blok Timur untuk bertarung di Liga Dunia PUBG Mobile kelak.

Yoodo Gank

Yoodo Gank yang terdiri daripada Abdul Aziz Ikromi (Draxx), Aiman Mohamad (ManParang), Muhammad Izzrudin Hashim (Jumper) dan Ahmad Fuad Razali (Fredo) membawa pulang USD30 ribu (~RM128 ribu) selaku juara.

Pasukan ini juga turut mendapat hadiah wang tunai tambahan sebanyan RM10,700 kerana berjaya mendapat lima Chicken Dinner dari 15 pusingan yang dipertandingan di kejohanan tersebut.

Malah, hadiah wang tunai mereka tidak berhenti di situ apabila pasukan ini turut berjaya membawa pulang kira-kira RM12,000 apabila berjaya memenangi kategori Anugerah Pasukan Paling Popular (Malaysia) SEA Final tersebut.

Selain itu, ahli kumpulan Yoodo Gank iaitu Abdul Azim Ikromi atau lebih dikenali dengan nama Draxx berjaya memenangi Anugerah Pemain Terbaik (Gunkiller Player) dan turut memperolehi hadiah wang tunai berjumlah RM21,400.

Sebelum ini, Mereka melayakkan diri ke peringkat Asia Tenggara ini selepas mendapat tempat kedua untuk peringkat Malaysia dan Singapura, di mana Team Secret menjuarai peringkat tersebut.

Sementara itu, dua lagi pasukan Malaysia iaitu Team Secret MY dan Bigetron AROV masing-masing berjaya memperoleh kedudukan ke-lima dan ke-12 untuk edisi SEA Final bagi musim pertama 2020.

Baru-baru ini juga, teman rapat Fredo iaitu Soloz atau nama sebenarnya Mohd Faris Zakaria berjaya mememegang rekod dalam Malaysia Book of Records sebagai atlit E-sukan dengan pengikut paling ramai di Facebook iaitu seramai 1.2 juta pengikut. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Soloz Berjaya Mencatat Nama Dalam “Malaysia Books Of Records”