Bersempena dengan Hari Star Wars semalam, EA dan Respawn Entertainment telah memberikan penambahan percuma untuk permainan Star Wars Jedi: Fallen Order yang tiba bermula hari ini. Semestinya dengan pemberian ini sangat mengembirakan peminat-peminat permainan video ini.

Anda boleh melihat video pengumuman tersebut di bawah ini untuk melihat secara menyeluruh penambahan yang diberikan secara percuma ini.

Berdasarkan video trailer Star Wars Jedi: Fallen Order tersebut, antara penambahan yang pemain akan dapat ialah cabaran pertempuran, di mana pemain boleh memilih pelbagai kawasan yang disertakan di dalam permainan ini untuk menguji kemahiran pertempuran anda. Lebih menarik lagi, pemain juga boleh menghasilkan (customized) cabaran sendiri.

Selain itu, penambahan percuma ini turut menyertakan pelbagai barangan kosmetik baharu termasuk juga kostum dan warna Ligthsaber untuk Cal. Mod “New Journey Plus” pula membolehkan pemain utnuk bermain semula permainan tetapi mengekalkan kesemua barangan dan juga tahap pemain.

Star Wars Jedi

Seperti yang disebut pada tajuk artikel ini, ya, penambahan ini akan diberikan secara percuma kepada mereka yang telah memiliki permainan video ini sama ada secara fizikal mahupun digital. Ianya boleh mula dimuat turun mulai hari ini.

Star Wars Jedi: Fallen Order berlaku lima tahun selepas Star Wars: Episode III – Revenge of the Sith, sembilan tahun sebelum Star Wars Rebels dan empat belas tahun sebelum Rogue One: A Star Wars Story dan Star Wars: Episode IV – A New Hope. Permainan ini mengkuti kisah Jedi muda yang bernama Cal Kestis ketika dia diburu oleh Second Sister dan pasangannya, Ninth Sister, keduanya dilatih oleh Sith Lord Darth Vader sebagai sebahagian daripada program Imperial Inquisitors.

Star Wars Jedi: Fallen Order sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.