Awal tahun ini, EA umumkan yang pihak mereka akan melancarkan beberapa permainan video baharu bermula April 2020 hingga Mac 2021. EA sekali lagi telah mengesahkan bilangan ini dalam laporan kewangan yang baru sahaja mereka keluarkan.

Wabak pandemik Covid-19 bukan satu alasan bagi mereka kerana kebanyakan daripada pembangun mereka terpaksa bekerja dari rumah untuk menyiapkan permainan video masing-masing. EA umumkan bahawa mereka nekad ingin melancarkan 14 permainan-permainan tersebut tersebut.

Melalui persidangan laporan kewangan tersebut, mereka telah mengesahkan yang permainan-permainan simulasi sukan mereka tahun ini, akan turut dikeluarkan untuk konsol generasi baharu iaitu PlayStation 5 dan Xbox Series X, antara permainan yang diumumkan adalah FIFA 21, NHL 21 dan NFL 21. Permainan video tersebut turut disahkan akan dikeluarkan untuk konsol PlayStation 5 dan Xbox Series X, apabila Sony dan Microsoft melancarkan konsol masing-masing itu pada hujung tahun kelak. Sudah tentunya permainan sukan ini akan dilancarkan ke PS4 dan Xbox One terlebih dahulu.

EA Umumkan

Antara permainan video lain yang turut tersenarai dalam 14 permainan video ini ialah daripada IP sedia ada EA seperti Command & Conquer Remastered, dan kemungkinan dua permainan lagi ialah Burnout Paradise Remastered (Switch) dan Medal of Honor VR.

Menurut laporan daripada PC Gamer, dua permainan lagi akan dikeluarkan untuk mobile, empat permainan video lagi daripada studio pembangunan melalui program EA Partners, serta satu lagi yang turut belum diumumkan judulnya.

Untuk makluman semua, Battlefield yang seterusnya tidak disenaraikan disebabkan permainan tersebut dijadualkan akan dilancarkan pada tahun fiskal 2022, namun telah disahkan akan dilancarkan pada tahun 2021. Ini bermaksud bahawa permainan ini mungkin akan dilancarkan pertengahan hingga lewat tahun depan.

Di persidangan yang sama, Ketua Pegawai Kewangan EA Blake Jorgensen mengatakan yang sesetengah permainan yang dikeluarkan untuk konsol sekarang dapat dinaik taraf secara percuma untuk konsol generasi baharu. Namun, EA tidak memberikan penjelasan dengan lebih mendalam dengan kenyataan tersebut, ataupun mungkin beliau sekadar bercakap mengenai fungsi backward compatibility yang terdapat pada konsol generasi akan datang.

Baru-baru ini, EA dan Respawn Entertainment telah memberikan penambahan percuma untuk permainan Star Wars Jedi: Fallen Order bersempena Hari Star Wars. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Star Wars Jedi: Fallen Order Terima DLC Percuma Untuk Semua Pelantar