Baru-baru ini, Nintendo telah mengumumkan bahawa konsol Nintend Switch mereka telah terjual sebanyak 55.77 juta unit setakat 31 Mac 2020. Kenyataan ini dibuat melalui laporan kewangan bagi suku terakhir untuk tahun fiskal 2019-2020.

Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 3.29 juta unit berbanding jumlah jualan setakat 31 Disember 2019. Daripada jumlah tersebut, 49.57 juta unit adalah untuk Nintendo Switch dan 6.19 juta unit pula untuk Switch Lite.

Nintendo Switch

Berikut adalah jumlah penjualan Switch sepanjang tahun fiskal ini, mengikut suku;

  • Suku pertama (April – Jun 2019): 2.13 juta unit
  • Suku kedua (Julai – September 2019): 4.8 juta unit
  • Suku ketiga (Oktober – Disember 2019): 10.81 juta unit
  • Suku keempat (Januari – Mac 2020): 3.29 juta unit

Menjadikan jumlah penjualan untuk konsol Nintendo Switch adalah 21.03 juta unit untuk tahun fiskal 2019-2020 mengatasi anggaran mereka iaitu sebanyak 18 juta unit. Penjualan ini sedikit sebanyak dibantu oleh pengeluaran Switch Lite dan juga pengeluaran permainan video ekslusif mereka seperti Pokemon Sword & Shield dan yang terbaharu iaitu Animal Crossing New Horizons yang telah terjual sebanyak 11 juta unit dalam masa 11 hari.

Untuk tahun fiskal akan datang, Nintendo menjangkakan mereka akan menjual 19 juta unit konsol Switch sahaja iaitu lebih rendah berbanding jumlah untuk tahun fiskal sebelum ini. Ini kerana buat masa ini mereka tidak mempunyai permainan besar untuk memastikan penjualan konsol tersebut terus meningkat, makanya, jangkaan ini merupakan satu jangkaan yang realistik bagi Nintendo.

Di dalam laporan yang sama, Nintendo turut mengumumkan bahawa permainan video ekslusif mereka iaitu Animal Crossing: New Horizons telah berada di tempat ke-7 dalam senarai permainan video paling laris dengan jumlah jualan sebanyak 11.7 juta unit. Dengan tarikh pelancaran pada 20 Mac yang lalu, permainan ini mengambil masa hanya 11 hari sahaja untuk mencapai jumlah tersebut.

Baru-baru ini, bersempena dengan Hari Star Wars, EA dan Respawn Entertainment telah memberikan penambahan percuma untuk permainan Star Wars Jedi: Fallen Order yang tiba bermula hari ini. Klik pautan di bawah untuk mendapat informasi yang lebih jelas berkenaan artikel ini.

Star Wars Jedi: Fallen Order Terima DLC Percuma Untuk Semua Pelantar