Sebelum ini, kita melihat pelbagai acara dan expo permainan video dibatalkan gara-gara wabak Covid-19 yang melanda dunia ketika ini, dan hari ini tiba giliran Tokyo Game Show 2020 yang terpaksa dibatalkan disebabkan penularan wabak ini.

TGS 2020 sepatutnya berlangsung dari 24 hingga 27 September di pusat konvensyen  Makuhari Messe, Chiba. Pihak pengajur iaitu Computer Entertainmet Supplier’s Association (CESA) merancang untuk menggantikannya dengan acara digital.

Tokyo Game Show 2020

Ini adalah kali pertama TGS dibatalkan sejak ia bermula pada tahun 1996, tetapi berita itu tidak akan mengejutkan sesiapa pun. Hampir setiap acara permainan secara langsung tahun ini telah dibatalkan, termasuk E3 dan Gamescom, dengan masing-masing sebagai acara terbesar di AS dan Eropah.

Tokyo Game Show 2020 berkemungkinan akan mendapat lebih banyak perhatian daripada acara-acara lain kerana statusnya sebagai acara permainan video terakhir sebelum pelancaran konsol generasi akan datang iaitu PlayStation 5 dan Xbox Series X. Kedua-dua konsol ini akan mula dijual pada penghujung tahun ini, tetapi peluang untuk melihat konsol ini secara langsung menjelang hari pelancaran mereka mungkin akan menjadi lebih terhad daripada biasa.

Tokyo Game Show 2020

Manakala, Microsoft dilihat telah memulakan promosi atas talian untuk konsol terbaharu mereka iaitu Xbox Series X, pada pembentangan Inside Xbox awal hari ini mempamerkan beberapa permainan pertama yang bakal dilancarkan bagi konsol generasi akan datang tersebut. Sony pula lebih berahsia, dan setakat ini hanya mendedahkan logo, spesifikasi, dan controller PlayStation 5 sahaja.

Sebelum ini,  Entertainment Software Association (ESA) selaku penganjur acara E3 2020 mebuat satu pengumuman yang mengejutkan bahawa tersebut akan dibatalkan sepenuhnya dan pembentangan digital yang diperkatakan sebelum ini juga tidak akan dilangsungkan.

Selain itu, satu lagi acara terbesar permainan video iaitu Gamescom 2020 turut menerima nasib yang sama seperti E3 2020 dan TGS 2020 apabila pihak penganjurnya terpaksa mengumumkan bahawa  acara Gamescom 2020 turut dibatalkan sama seperti acara-acara lain disebabkan wabak koronavirus yang sedang melanda dunia ketika ini.

Klik pautan di bawah jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan acara-acara yang dibatalkan sepanjang tahun 2020.

Gamescom 2020 Turut Dibatalkan Gara-Gara Wabak Covid-19

E3 2020 Dibatalkan Sepenuhnya, Tiada Pembentangan Digital Dilakukan