Trilogi Mass Effect mungkin akan termasuk dalam senarai 14 permainan baharu yang bakal dilancarkan EA sepanjang tahun fiskal 2021. Ini kerana salah satu daripada senarai tersebut ialah sebuah ‘permainan HD’ yang judulnya masih belum diumumkan kepada khalayak ramai.

Ramai peminat pembangun ini yang mula tertanya-tanya apakah ‘permainan HD’ tersebut? Dan menurut laporan daripada VentureBeat, permainan tersebut merupakan permainan trilogi Mass Effect yang akan dikeluarkan dalam bentuk remastered.

Trilogi Mass Effect

Walau bagaimanapun, laporan ini tidak menyatakan sama ada versi remastered ini akan mengumpulkan trilogi tersebut ke dalam satu koleksi permainan video atau akan diasingkan menjadi tiga buah permainan video remastered yang berbeza.

Menurut laporan ini lagi, trilogi remastered permainan video ini tidak akan dikeluarkan ke Nintendo Switch, yang mana kemungkinan ia akan dilancarkan kemudian selepas ia dilancarkan ke platform lain terlebih dahulu.

Namun begitu, diingatkan sekali lagi bahawa ini cuma sekadar khabar angin. Jadi mungkin ianya akan menjadi satu kenyataan ataupun tidak.

Sebelum ini, EA turur mengesahkan bahawa permainan-permainan simulasi sukan mereka tahun ini, akan turut dikeluarkan untuk konsol generasi baharu iaitu PlayStation 5 dan Xbox Series X, antara permainan yang diumumkan adalah FIFA 21, NHL 21 dan NFL 21. Pengumuman ini dibuat melalui persidangan laporan kewangan syarikat tersebut.

Antara permainan video lain yang turut tersenarai dalam 14 permainan video ini ialah daripada IP sedia ada EA seperti Command & Conquer Remastered, dan kemungkinan dua permainan lagi ialah Burnout Paradise Remastered (Switch) dan Medal of Honor VR.

Manakala, salah satu permainan video keluaran EA dengan kerjasama Crytek iaitu  Crysis pertama yang telah dilancarkan pada 2007 akhirnya akan turut  hadir ke platform moden iaitu di Nintendo Switch, PlayStation 4, Windows PC, dan Xbox One dengan versi remastered.

Crysis Remastered akan membuat penambah baikan dengan menggunakan ciri grafik yang moden, tekstur berkualiti tinggi, dan ray tracing ke permainan asal. Walau bagaimanapun, permainan tersebut masih belum lagi mempunyai tarikh pelancaran rasmi. Namun begitu, ramai yang menjangkakan permainan video tersebut bakal hadir tidak lama lagi.

Klik pautan di bawah jika anda ingin mengikuti laporan yang yang dikeluarkan EA berkenaan senarai permainan video terbaharu yang akan dilancarkan mereka dan maklumat berkenaan Crysis Remastered.

EA Umumkan 14 Permainan Video Baharu Sehingga Mac 2021

Crysis Remastered Telah Diumumkan Secara Rasmi Oleh Crytek

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *