Sebelum ini, Malaysia Book of Records telah menganugerahkan dua rekod kepada atlit e-sukan iaitu untuk BiuBiu sebagai atlit e-sukan dengan jumlah tontonan video esukan tertinggi di Youtube, dan Soloz sebagai atlit esukan dengan pengikut paling ramai di Facebook dan kini tiba giliran Dr Weng Kean Yew atau nama panggilan permainan beliau Wkyew pula.

Untuk makluman semua, Wkyew merupakan atlet e-sukan pertama negara yang memenangi pingat emas dalam acara e-sukan yang dipertandingkan di temasya Sukan SEA yang berlangsung di Filipina tahun lepas. Beliau berjaya memperolehi pingat emas dalam acara E-sukan ‘Heartstone’.

Dengan kejayaan tersebut, beliau telah berjaya mencatat nama beliau sebagai ‘Atlit Pertama yang Memenangi Pingat Emas untuk Kejohanan Esukan di Sukan Asia Tenggara’. Perkara tersebut diumumkan melalui laman Facebook Malaysia Book of Records.

Malaysia’s “FIRST TO WIN GOLD MEDAL IN SEA GAMES E-SPORTS EVENT (HEARTHSTONE)”..Heriot-Watt University Assistant…

Posted by Malaysia Book of Records on Monday, May 11, 2020

Malaysia Book of Records menulis di ruangan caption mereka, “seorang pemegang PhD. dalam Kejuruteraan Elektrikal, insan hebat ini adalah tokoh inspirasi kepada ramai rakyat Malaysia.”

“Menunjukkan kepada kita bahawa setiap insan yang meluangkan masa bermain game boleh berjaya dalam gaming, pendidikan dan kerjaya. Menjalani kehidupan yang seimbang adalah penting untuk mengecapi kejayaan.”

Jutaan Tahniah kami ucapkan kepada Wkyew atas kejayaan yang cukup membanggakan ini. Semoga terus mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia dalam acara E-sukan yang akan datang kelak.

Kebelakangan ini, kita dapat melihat yang Malaysia Book of Records semakin rancak mencatatkan rekod-rekod tempatan yang berkaitan e-sukan. Pada akhir bulan lalu, Malaysia Book of Record juga menganugerahkan atlit e-sukan dengan jumlah tontonan video tertinggi di Youtube kepada BiuBiu dari Team Secret.

Buat mereka yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan dunia E-sukan tempatan, anda boleh klik pautan di sini untuk menambah ilmu dan mendapat pelbagai maklumat baharu berkenaan e-sukan tempatan.

Pada minggu lalu pula, Malaysia Book of Records telah mengumumkan seorang lagi atlit e-sukan iaitu Soloz sebagai atlit e-sukan tempatan yang mempunyai pengikut paling ramai di Facebook.

Soloz Berjaya Mencatat Nama Dalam “Malaysia Books Of Records”