Semalam telah berlansung sebuah acara digital khas iaitu Summer Games Fest 2020. Di dalam acara tersebut Epic Games telah memperlihatkan enjin permainan terbaharu oleh mereka iaitu Unreal Engine 5. Ya, setelah 8 tahun pelancaran Unreal Engine 4, akhirnya Epic Games mengumumkan engine baharu untuk permainan akan datang.

Lebih menarik lagi apabila mereka memperlihatkan enjin permainan tersebut dimainkan di konsol PlayStation 5 yang pastinya kelihatan sangat menawan dan begitu realistik sekali. Bagi mereka yang terlepas untuk menonton demo tersebut, di bawah ini penulis menyertakan sekali video demo visual yang dipertontonkan kepada umum semalam.

Seperti yang  dapat kita lihat pada video tersebut, enjin permainan ini akan memaparkan visual yang sangat realistik dipadankan pula dengan pengunaan pencahayaan yang membuatkan permainan ini nampak lebih menawan dan seakan dunia nyata. Melaluinya, enjin permainan ini memperkenalkan dua teknologi baharu iaitu “Nanite” dan “Lumen” yang mana ianya adalah satu fungsi yang akan tingkalkan kualiti grafik model geometri yang lebih terperinci dan juga dari segi pencahayaan.

Untuk makluman semua, ini merupakan grafik permainan sebenar pertama untuk PlayStation 5 yang pernah diperlihatkan kepada umum.

Unreal Engine 5 1

Kemudian, Tim Sweeney selaku pengasas Epic Games juga menyatakan dengan prestasi konsol PlayStation 5, ianya juga membuatkan enjin permainan tersebut boleh dimainkan dengan baik dan ia merupakan satu pernaik-tarafan ke generasi seterusnya yang pasti dinantikan oleh ramai peminat.

Seperti yang disebut sebelum ini, Unreal Engine 5 merupakan enjin permainan yang dihasilkan oleh Epic Games untuk membangunkan permainan-permainan video baharu untuk konsol generasi akan datang. Demo visual ini sedikit sebanyak menunjukkan kemampuan sebenar konsol PlayStation 5 dan Xbox Series X nanti.

Menurut Epic Games, enjin permainan ini akan dilancarkan awal tahun hadapan sebagai pelancaran awal. Ianya kemudian akan dilancarkan secara penuh pada penghujung 2021 ini dan akan menyokong konsol generasi seterusnya, konsol generasi kini, PC, Mac dan juga peranti telefon pintar iOS dan Android.

Walapun begitu, ini hanyalah merupakan demo sahaja, produk akhir mungkin berubah setelah dibuat beberapa penambah baikan.

Acara digital khas Summer Game Fest 2020 telah pun berlangsung ketika ini, bagi mereka yang berminat untuk mengetahui jadual berkenaan acara ini, anda boleh klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Senarai Acara Dan Pengumuman SGF 2020 Yang Telah Dikemaskini