Terkini, 2K Games dan Hangar 13 telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan Mafia: Trilogy yang mana ianya adalah permainan versi remastered (penambah-baikkan) buat siri permainan Mafia.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh 2k Games, permainan ini akan dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan juga di PC melalui Steam dan Epic Games Store. Anda boleh menonton video teaser rasmi permainan tersebut di bawah ini.

Seperti yang tertera pada tajuk permainan ini, Mafia: Trilogy akan menyertakan 3 siri permainan Mafia iaitu Mafia pertama yang dilancarkan pada 2002 lepas di konsol PlayStation 2 dan Xbox, Mafia II yang dilancarkan di PlayStation 3 dan Xbox 360 pada tahun 2010 lepas dan Mafia III yang dilancarkan pada tahun 2016.

Tambah 2K Games lagi, mereka akan mengumumkan informasi lanjut termasuklah video trailer baharu secara rasmi pada 20 Mei 2020 ini pada jam 12 tengah malam.

Walau bagaimanapun, Microsoft Store secara tidak sengaja telah memuat-naik laman permainan tersebut yang mana ianya menyenaraikan permainan Mafia pertama sebagai Mafia: Definitive Edition akan tiba pada 28 Ogos 2020 ini. Selain itu, Mafia II: Definitive Edition juga tersenarai namun dan ia akan tiba pada 19 Mei 2020 ini. Anda juga boleh melihat beberapa gambar permainan tersebut di bawah.

Mafia: Trilogy

Mafia: Trilogy

Namun begitu, pengumuman ini bukanlah pengumuman rasmi oleh 2K games dan berita lanjut mengenai permainan ini akan dikemaskini kelak apabila ada info terbaharu mengenai permainan ini.

Sebelum ini, salah satu permainan video keluaran EA dengan kerjasama Crytek iaitu  Crysis pertama yang telah dilancarkan pada 2007 akhirnya akan turut  hadir ke platform moden iaitu di Nintendo Switch, PlayStation 4, Windows PC, dan Xbox One dengan versi remastered. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Manakala, terdapat laporan mengatakan bahawa Mass Effect Trilogi telah dalam proses pembangunan untuk versi remastered.Trilogi Mass Effect mungkin akan termasuk dalam senarai 14 permainan baharu yang bakal dilancarkan EA sepanjang tahun fiskal 2021.

Trilogi Mass Effect Versi Remastered Dilaporkan Dalam Pembangunan

Crysis Remastered Telah Diumumkan Secara Rasmi Oleh Crytek