Streamer Fortnite terkenal iaitu Tyler “Ninja” Blevins atau lebih dikenali dengan nama Ninja mendedahkan punca mengapa beliau tidak lagi bermain permainan battle royale Fornite. Melalui siaran langsung Mixer baru-baru ini , beliau dilihat bermain permainan video League of Legends, sambil membincangkan mengapa beliau tidak lagi bermain atau menstrim Fortnite sejak kebelakangan ini. Sebab pertama adalah kerana “stream snipe”, Stream Snipe adalah satu tindakan di mana seseorang itu melihat kedudukan pemain lain dengan cara melihat live video yang distrimkan mereka secara atas talian.

Walaupun begitu, alasan utama beliau berhenti bermain permainan tersebut ialah unsur “controller aim assist” untuk PC. Beliau ada membuat penjelasan berkenaan isu tersebut di sebuah video yang diletakkan di laman Twitter beliau.

Berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh beliau menerusi video tersebut, beliau menyatakan bahawa beliau sudah lama tidak bermain permainan tersebut. Untuk ketika ini, beliau hanya mampu menunggu sahaja kerana menurutnya, permainan tersebut berada dalam keadaan ‘tenat’. Ini kerana beliau mahu penggunaan aim assist yang terdapat pada Controller di PC dapat diseimbangkan.

Beliau sambung menjelaskan mengapa semua orang menggunakan controller di PC:

“Fungsi bantua aim assist di Controller jauh lebih baik dan kuat kerana 240hz. Aim assist di controller pada 240hz, memang sangat-sangat rosak.” -Ninja.

Ninja

Aim-assist yang terdapat pada controller menjadi bualan hangat dikalangan streamer, pemain profesional, dan juga pemain kasual. Ada yang tidak menganggap fungsi tersebut bukan satu masalah, manakala yang lain sudah berpindah kepada permainan baru kerana isu ini.

Sudah tentu, controller aim assist di PC memberi kelebihan berbanding papan kekunci dan tetikus, terutamanya semasa pertarungan jarak dekat. Walau bagaimanapun, ia juga merupakan masalah yang diperbesarkan, dan bagi majoriti pemain, ia sama sekali tidak menjadi masalah.

Kita berkemungkinan tidak akan dapat melihat Ninja bermain permainan ini lagi jika masalah ini tidak diselesaikan oleh Epic Games. Berkemungkinan juga, Fortnite bakal kehilangan ramai pemainnya jika masalah ini berlarutan.

Sebelum ini, Epic Games memperkenalkan fungsi pengesahan dwi-faktor bagi menebus permainan percuma di laman web mereka. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Epic Games Guna Pengesahan Dwi-Faktor Bagi Menebus Game Percuma