EA Umumkan 14 Permainan Video Baharu Sehingga Mac 2021

Awal tahun ini, EA umumkan yang pihak mereka akan melancarkan beberapa permainan video baharu bermula April 2020 hingga Mac 2021. EA sekali lagi telah mengesahkan bilangan ini dalam laporan kewangan yang baru sahaja mereka keluarkan. Wabak pandemik Covid-19 bukan satu alasan bagi mereka kerana kebanyakan daripada pembangun mereka terpaksa bekerja dari rumah […]

Star Wars Jedi: Fallen Order Terima DLC Percuma Untuk Semua Pelantar

Bersempena dengan Hari Star Wars semalam, EA dan Respawn Entertainment telah memberikan penambahan percuma untuk permainan Star Wars Jedi: Fallen Order yang tiba bermula hari ini. Semestinya dengan pemberian ini sangat mengembirakan peminat-peminat permainan video ini. Anda boleh melihat video pengumuman tersebut di bawah ini untuk melihat secara menyeluruh penambahan […]

Soloz Berjaya Mencatat Nama Dalam “Malaysia Books Of Records”

Siapa tidak kenal dengan insan bernama Mohd Faris Zakaria atau Soloz yang cukup terkenal dengan permainan Mobile Legends di Malaysia. Beliau dan pasukannya telah beberapa kali mengharumkan nama negara apabila berjaya memenangi pertandingan-pertandingan besar Mobile Legends di luar negara. Kini, Soloz sekali lagi telah mencatatkan satu rekod baharu dalam dunia […]

Pengarah Assassin’s Creed Valhalla Menjawab Kerisauan Peminat

Sejak diumumkan beberapa hari yang lalu, Assassin’s Creed Valhalla mula dibandingkan dengan permainan God of War yang dilancarkan pada tahun 2018 yang turut menggunakan latar yang sama iaitu Vikings dan kini pengarah bagi permainan tersebut tampil  memberikan penjelasan. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pengarah permainan itu kepada Gamespot, Darby McDevitt […]

Summer Game Fest 2020 Bakal Berlangsung Bermula Mei Hingga Ogos

Baru-baru ini, Geoff Keighley selaku penerbit kepada acara The Game Awards telah mengumumkan bahawa sebuah acara digital khas Summer Game Fest 2020 akan berlangsung sepanjang bulan Mei sehingga Ogos ini. Menurut kenyataan beliau, acara ini merupakan acara permainan video digital khas yang akan menyertakan pelbagai kandungan permainan video daripada pelbagai […]

Ubisoft Perlihatkan Trailer Rasmi Assassin’s Creed Valhalla Kepada Umum

Seperti yang telah diumumkan oleh pihak Ubisoft semalam, mereka telah mengumumkan secara rasmi bahawa permainan Assassin’s Creed akan datang bertemakan Vikings dan diberi judul rasmi sebagai Assassin’s Creed Valhalla. Trailer pertama untuk permainan tersebut buat  akhirnya diperlihatkan oleh mereka semalam. Di bawah disertakan video trailer untuk permainan video tersebut bagi […]

Pra-Tempah The Last of Us Part II Sudah Mula Dibuka Hari Ini

Hari ini, Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan bahawa permainan video eksklusif PlayStation 4 yang dihasilkan oleh Naughty Dog iaitu The Last of Us Part II akan dilancarkan di Malaysia pada 19 Jun 2020 dan pra-tempah untuk permainan tersebut telah pun dibuka. Edisi Digital Standard tersedia pada nilai harga RM239.00 dan edisi Digital Deluxe pula tersedia […]

Assassin’s Creed Valhalla Diumumkan Secara Rasmi, Bertemakan Vikings

Nampaknya khabar angin yang telah tertiris beberapa bulan kebelakangan ini berkenaan francais terkenal dari Ubisoft iaitu Assasin’s Creeds akan bertemakan Vikings merupakan satu kebenaran, Ubisoft hari ini mengumumkan secara rasmi tajuk penuh permainan tersebut iaitu Assassin’s Creed Valhalla. Pengumuman tersebut dilakukan melalui satu video livestream khas yang mana Bosslogic, iaitu […]