The Legend Of Heroes; Trails Of Cold Steel IV pernah dilancarkan di konsol PlayStation 4 pada tahun 2018 lalu, namun hanya untuk pasaran Jepun sahaja dan ini merupakan bahagian akhir untuk siri tersebut.

Terkini, syarikat pembangun untuk permainan tersebut iaitu Nihon Falcom telah mengumumkan secara rasmi bahawa versi global akan dilancarkan pada sekitar suku keempat tahun ini di konsol PlayStation 4. Manakala versi Switch dan PC (Steam) akan dilancarkan sekitar tahun hadapan.

Permainan ini merupakan sekuel terus daripada The Legend Of Heroes: Trails Of Cold Steel III yang dilancarkan di PC dan PlayStation 4.

Selain itu, edisi Frontline untuk PlayStation 4 dan Switch buat permainan tersebut juga diumumkan. Antara kandungan bagi edisi Frontline tersebut ialah pelbagai barangan khas seperti poster, bekas besi, muzik latar dan sebagainya.

The Legend Of Heroes; Trails Of Cold Steel IV 1

The Legend Of Heroes; Trails Of Cold Steel IV 2

Menurut satu temu bual yang dilakukan oleh Gameinformer bersama penerbit permainan ini iaitu Toshihiro Kondo, beliau menyatakan bahawa permainan ini menampilkan begitu banyak pelakon dan mempunyai paling banyak misi daripada siri sebelum ini.

Permainan ini menggunakan corak permainan yang sama yang terdapat pada Trails of Cold Steel III  yang menggabungkan elemen klasik JRPG dengan pertempuran berasaskan giliran. Permainan video ini semestinya akan membuatkan pemain berfikir dengan lebih kritis dalam menyusun strategi untuk mengalahkan musuh.

Bagi anda yang mengikuti siri ini dan ingin mengetahui kesudahan pengembaraan seterusnya buat kelas VII, sama-sama kita nantikan tarikh pelancaran rasmi untuk permainan ini.

Sebelum ini, TeamKill Media turut mengumumkan permainan video seram pertama untuk PlayStation 5. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Quantum Error, Permainan Video Seram Pertama Untuk PlayStation 5