Terbaharu, Kementerian Belia Sukan (KBS) dengan kerjasama Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM) telah menganjurkan sebuah kejohanan khas secara atas talian iaitu E-Sports MyStay@HomeChallenge yang akan berlangsung bermula 6 hingga 14 April 2020 ini. Dua permainan E-Sukan yang akan dipertandingan dalam kejohanan tersebut ialah PUBG Mobile dan Mobile Legends.

Menurut KBS, kejohanan ini diadakan bagi menyahut seruan kerajaan untuk memastikan masyarakat  terus kekal tabah duduk di rumah sepanjang dalam usaha kita bersama dalam membasmi wabak Covid-19 secepat mungkin.

KBS dan ESM

Kejohanan tersebut akan berlangsung bermula dengan Peringkat Negeri terlebih dahulu, iaitu pada 9 dan 10 April ini. Kemudian diikuti dengan Kejohanan Peringkat Kebangsaaan yang dijadualkan berlangsung pada pada 12 dan 13 April. Dua pasukan terbaik dari setiap negeri akan layak ke Kejohanan Peringkat Kebangsaan. Pendaftaran kumpulan pula terbuka untuk seluruh peminat E-sukan di Malaysia dan akan ditutup pada 8 April, 6 petang.

Dari segi hadiah pula, juara bagi peringkat negeri akan berpeluang untuk membawa pulang sebanyak RM1,000 (Juara) diikuti RM500 untuk tempat kedua dan RM350 bagi tempat ketiga, tempat keempat pula akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM250 dan untuk tempat kelima hingga kelapan masing-masing akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100.

Bagi peringkat kebangsaan pula, juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM3500 diikuti RM2000 untuk naib juara dan RM1500 untuk tempat ketiga, manakala kumpulan yang berjaya mendapat tempat keempat akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM1000 dan bagi tempat kelima hingga kelapan, setiap kumpulan akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM500.

Kejohanan MYESPORT@Stay HomeKejohanan Peringkat Negeri9-10 April 2020Kejohanan Peringkat Kebangsaan12-13 April…

Posted by Esports Malaysia on Monday, April 6, 2020

KBS dan ESM menyatakan bahawa pihak mereka menyasarkan lebih dari 500 pemain dengan 128 pasukan akan menyertai kejohanan buat kedua-dua permainan tersebut yang mana ianya bukan sahaja menggalakkan pemain untuk duduk di rumah atas sebab Perintah Kawalan Pegerakan ini malah usaha mereka untuk menjadi bakat-bakat baru E-Sukan di kalangan pemain Malaysia.

Untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut tentang kojohanan ini bersama dengan pautan untuk membuat pendaftaran, anda boleh ke kenyataan rasmi ESM di Facebook di sini.

Sebelum ini, Axle Motosport turut mengumumkan kejohanan E-sukan anjuran mereka iaitu eRacing Grand Prix SEA edisi Global di mana pelumba terbaik daripada Asia Tenggara akan bersaing dengan pelumba dari Asia Pasifik.

eRacing Grand Prix Sea Diumumkan Untuk Edisi Global