Baru-baru ini, Final Fantasy 7 Remake telah menjadi permainan video paling laris bagi bulan April 2020 dan permainan tersebut juga mencatat rekod jualan baharu bagi francais tersebut dari segi jualan unit dan dolar melebihi rekod lama yang yang dipegang oleh Final Fantasy XV yang dikeluarkan pada tahun 2016.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Mat Piscatella of The NPD Group, Final Fantasy 7 Remake mendahului carta penjualan April 2020, diikuti oleh Call of Duty: Modern Warfare, dan Animal Crossing: New Horizons.

April 2020 melihat perbelanjaan merangkumi perkakasan, perisian, aksesori, dan kad permainan permainan video mencapai $ 1.5 bilion, peningkatan 73% jika dibandingkan dengan April 2019. Ini juga merupakan rekod baru bagi bulan April, satu pencapaian yang sebelum ini telah ditetapkan pada bulan April 2008 dengan jumlah mencapai $1.2 bilion.

Nintendo Switch kekal sebagai platform perkakasan terlaris bulan ini, dan penjualan dolar bagi PlayStation 4, Xbox One, dan Switch meningkat lebih daripada 160% jika dibandingkan dengan April 2019.

Nintendo Switch juga mempunyai jualan dolar tahun yang tertinggi bagi mana-mana platform perkakasan dalam sejarah Amerika Syarikat, rekod yang sebelumnya dipegang oleh Nintendo Wii dalam tempoh tahun ke tarikh yang sama pada bulan April 2009.

Sementara Final Fantasy 7 Remake mendahului carta untuk bulan ini, tajuk-tajuk lain juga mencapai kejayaan yang mengagumkan. Call of Duty: Modern Warfare menjadi keluaran ke-4 paling laris dalam sejarah Amerika Syarikat. Manakala, Just Dance 2020 selesa ditangga ke-11, naik dari tangga ke-17 pada bulan Mac 2020. Just Dance 2020 adalah permainan paling pantas dalam francais sejak Just Dance 2014.

Berikut merupakan senarai lengkap permainan video paling laris untuk bulan April 2020:

  1. Final Fantasy VII Remake
  2. Call of Duty: Modern Warfare
  3. Animal Crossing: New Horizons
  4. NBA 2K20
  5. Grand Theft Auto V
  6. Resident Evil 3
  7. Call of Duty: Modern Warfare 2: Remastered
  8. MLB: The Show 20
  9. Madden NFL 20
  10. Red Dead Redemption II
  11. Just Dance 2020
  12. FIFA 20
  13. Mortal Kombat 11
  14. Borderlands 3
  15. Predator: Hunting Grounds
  16. Mario Kart 8: Deluxe
  17. Star Wars Jedi: Fallen Order
  18. Persona 5: Royal
  19. Need for Speed: Heat
  20. Dragon Ball Z: Kakarot

Sebelum ini, streamer terkenal iaitu Ninja umum berhenti bermain Fornite gara-gara funsgi aim-assisst untuk permainan tersebut. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Ninja Umum Berhenti Main Fortnite Gara-Gara Aim-Assisst

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *