Seperti yang telah diumumkan oleh pihak Ubisoft semalam, mereka telah mengumumkan secara rasmi bahawa permainan Assassin’s Creed akan datang bertemakan Vikings dan diberi judul rasmi sebagai Assassin’s Creed Valhalla. Trailer pertama untuk permainan tersebut buat  akhirnya diperlihatkan oleh mereka semalam.

Di bawah disertakan video trailer untuk permainan video tersebut bagi mereka yang ingin melihatnya terlebih dahulu.

Assassin’s Creed Valhalla akan membawa pemain ke abad ke-9 England,  di mana ketika itu kerajaan Inggeris saling berperang sesama sendiri bersama Viking. Sebagai seorang askar Viking bernama Eivor, pemain perlu memimpin puak Viking untuk membina petempatan baru di tengah-tengah kemaraan kuasa penjajah Inggeris. Dilancarkan pada hujung tahun ini untuk PlayStation 5, Xbox Series X, PlayStation 4, Xbox One, PC, dan Stadia. Di dalam Assassin’s Creed Valhalla pemain bebas untuk menyerang, menakluk, dan memperjuang untuk kejayaan di tanah baru yang penuh misteri dan kekejaman.

Ubisoft ACV

Di Assassin’s Creed Valhalla, hampir setiap keputusan yang anda buat akan memberi impak kekal di seluruh kawasan yang terdapat dalam permainan ini. Keganasan bukanlah satu-satunya taktik untuk mendapatkan apa yang anda mahukan. Anda boleh  menjatuhkan keseimbangan kuasa penjajah Inggeris dan memperluaskan pengaruh anda melalui diplomasi yang pastinya akan membuahkan hasil yang lebih aman. Setiap pakatan politik yang anda cipta, strategi pertempuran yang anda gunakan, dan pilihan dialog yang anda buat akan mengubah perjalanan pemain.

Ubisoft ACV

Seperti judul Assasin’s Creed Odyssey yang dilancarkan sebelum ini, Assasin’s Creed Valhalla turut menampilkan sistem pilihan jantina di mana pemain boleh memilih sama ada untuk menjadi karakter wanita atau lelaki, Eivor akan memimpin sekelompok rakyat Norse merentasi Laut Utara yang sejuk untuk melarikan diri daripada peperangan dan sumber-sumber yang semakin berkurangan di Norway. Jika ingin bertahan hidup, mereka harus membina petempatan baru di tanah berbahaya England. Di sana, anda harus menjaga diri sendiri dan rakyat anda dengan membina, mengubah suai, dan meningkatkan petempatan dengan bangunan baru sambil merekrut anggota baru untuk mengembangkan klan anda.

Lebih menarik lagi,  Eivor juga boleh menggunakan dua kapak, pedang, dan juga perisai untuk menentang pelbagai jenis musuh yang pernah wujud di siri Assassin’s Creed. Dan jika anda mahu mencampur aduk kombinasi ini, dengan kepulangan Hidden Blade membolehkan Eivor membunuh sasaran dengan ketepatan yang diinginkan.

ACV

Assassin’s Creed Valhalla akan dikeluarkan pada hujung tahun ini untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X, PC dan Stadia. Bagi mereka yang ingin membuat pra-tempah permainan ini, anda boleh melayari laman web rasmi Ubisoft di sini.

Baca pengumuman yang dibuat oleh pihak Ubisoft semalam berkenaan permainan terbaru daripada mereka ini di pautan di bawah ini.

Assasin’s Creed Valhalla Diumumkan Secara Rasmi, Bertemakan Vikings

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *